Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Bukan Salah Kerajaan, Salah tuhan you!...

Berita kematian allahyarham Muhammad Adib semalam, telah mula tular di laman sosial dengan semua portal media telah melaporkan berita kehilangan wira negara itu. Ramai yang telah meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati, dan berduka atas kematian Adib. Namun, di sebalik itu seorang wanita telah meninggalkan komen berbaur ‘penghinaan’. Wanita bukan Islam itu, telah menulis, Komen daripada wanita ini telah membangkitkan kemarahan ramai, dan disifatkan seperti tidak menghormati allahyarham Muhammad Adib. Lantaran itu, ramai yang telah mengecam tindakan wanita itu dan menyerang akaun Facebook wanita itu kerana mengeluarkan kenyataan biadab. Setelah wanita yang dikenali sebagai Caryn Yen menulis komen tersebut, seorang pengguna laman Facebook telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Caryn Yen. Lantaran daripada laporan polis yang dibuat, pihak majikan Caryn Yen telah mengeluarkan kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pihak mereka tidak bersetuju dengan tindakan staf

"Kematian Adib diklasifikasikan sebagai Kes Bunuh!" - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. “Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu. “Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu. Semalam, pihak IJN memaklumkan tahap kesihatan Muhammad A

MITSUBISHI TRITON TAMPIL DENGAN WAJAH SERBA BARU!

Baru-baru ini Mitsubishi telah melancarkan model terbaru sebuah jentera pickup 4x4 keluaran syarikat tersebut di Thailand. Model pickup Triton ini di tampilkan dengam wajah yang nampak ganas dan tegap. Sekali gus membuat kan pickup pada masa ini telah menjadi satu 'trend' baru di negara Malaysia. Pickup 4x4 ini bukan lagi hanya dikenali sebagai kenderaan untuk mengangkat barang berat. Dengan reka bentuk baru Triton ini telah membuatkan kenderaan ini nampak mewah dan elegan. Kami tidak dapat memastikan bila model ini akan di jual di pasaran dan memasuki Malaysia. Apa pun reka bentuk Triton baru ini membuat ramai orang yang tak sabar dan teruja apabila melihatnya.

Kemalangan melibatkan Lion Air berlaku lagi.

Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta terpaksa dibatalkan selepas ia terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas, malam tadi. "Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu. Ketika kejadian pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit. Difahamkan, kesemua penumpang diarah kembali ke ruan menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.

Dari petak ke 23 ke petak 10.. Tahniah Hafiz Syahrin !

Nabil Fikri: Selepas Dikecam Kerana Bermula Di P23 Hafizh Syahrin Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-10 Pelumba MotoGP negara Hafizh 'El Pescao' Syahrin mempamerkan tunggangan padu lagi mantap apabila menamat perlumbaan di perlumbaan GP Sepang di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-23 (P23). El Pescao teruk juga dikecam oleh segelintir manusia bermulut longkang dan bertangan cagu kerana akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23 hari ini tetapi masih ramai yang menyokonng. Dalam sesi ujian kelayakan masa, itulah kali pertama Hafizh beraksi dalam perlumbaan litar basah lencun sepenuhnya. Akibat kegagalan menukar tayar yang tepat bersesuaian dengan kehendak cuaca maka P23 jadi miliknya. Jangan sampai aku cerita bab enjin, tetapan(setting) enjin motosikal Hafizh pulak. Kan nampak benar aku menipu Beraksi di gelanggang sendiri ramai mengharapkan Hafizh akan mencipta kebangkitan dan keajaiban dan itulah berlaku di Litar Sepang dan tempat ke-10 menjadi habuan den

[VIDEO] Serpihan dan Kotak hitam Lion Air telah dijumpai.

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terheempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini. Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras. “Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi. “Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto. Penampakan Sebahagian Badan Pesawat Lion Air JT610 yang Ditemukan di Dasar Laut Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter. Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta. Dari rakaman vi

Dato' Aliff menyesal selamatkan Zamani..

Pada konsert minggu ke 5 dalam rancangan realiti gegar Vaganza 5 semalam nampaknya bekas vokalis Slam, Zamani gagal memberikan persembahan ekoran daripada masalah peti suaranya yang koyak. Berikutan itu, ramai yang yakin dan pasti bahawa Zamani akan disingkirkan pada malam itu. Sememangnya benar, keputusan juri juga membuat keptusan untuk menyingkirkan Zamani. Namun pada masa itu muncul Dato Aliff Syukri yang juga penaja Gegar Vaganza 5 menyelamatkan Zamani dengan menggunakan kuasa immuniti yang ada padanya. Ironinya selepas konsert berlangsung, Dato Aliff seolah olah menyesal dengan tindakannya itu yang menggunakan immuniti terhadap Zamani.

Zulin Aziz bersanding keseorangan tanpa 'suami'

Wanita mana yang tak mengimpikan perkahwinan? Namun perkara ni menjadi mimpi ngeri buat para gadis, apabila perancangan mendirikan rumah tangga itu hancur berkecai di tengah jalan. Seperti yang ramai tahu, pengacara dan pelakon Zulin Aziz baru-baru ni putus cinta dan membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya. Macam manapun, perkara ni tak menghalang Zulin untuk ‘bersanding’ meskipun tanpa ‘suami’ di sisi. “Bahagia tak khianat aku? Tapi aku lagi bahagia pakai baju kahwin tanpa jadi isteri kepada lelaki yang salah”  Zulin meluahkan rasa sedih bercampur syukurnya atas sebuah ‘majlis perkahwinan’ yang diadakan hari ni. Bersama posting tu, Zulin memuat naik video persiapan majlis persandingannya yang nampak ‘grand’ dan cantik. “Kakak tau mama nak sangat tengok akak kawin. Kakak dah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada”  Lebih menyedihkan apabila Zulin juga berkongsi luahan ibunya yang sedih melihat persiapan majlis tersebut. Pun begitu, sebagai anak yan

Peramugari Air Asia menarik perhatian netizen

Baru-baru ini, jadi viral di laman Facebook dua keping gambar seorang pramugari Airasia yang sedang bertugas di dalam kabin pesawat. Perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman itu telah berjaya mendapat perhatian  ramai pengguna laman itu yang rata-rata mereka berasa kagum dengan kejelitaan wajah pramugari itu. George Wong yang telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsen yang memuji perkhidmatan Airasia kerana selain tambangnya yang murah, syarikat penerbangan tersebut turut menyediakan pemandangan yang indah di dalam pesawatnya. Berikutan viralnya gambar tersebut sehingga berjaya meraih lebih dariapda 3,000 perkongsian di Facebook, ramai netizen yang mula tertanya-tanya, siapakah gerangan sebenar individu di dalam gambar tersebut. Dikenali sebagai Mabel Goo, pramugari yang baru berusia 22 tahun itu merupakan rakyat Malaysia. Bekas penuntut UCSI ini tidak faham bagaimana dirinya boleh menjadi viral sehingga menyebabkan individu yang menyebarkan

Pesawat terhempas di laut. 47 penumpang selamat.

SYDNEY: Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam. “Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas.  “Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,” Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon. Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia. Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospital u

Niat murni mandikn gelandangan

Tular di laman sosial twitter apabila sekumpulan belia yang mempunyai masa terluang di tempat kerja memandikan gelandangan yang selalu berlegar di kawasan tempat mereka bekerja. Ikuti penerangan dan video mereka di bawah :

Segera tutup tingkap rumah pada waktu maghrib. Bagi mengelak gangguan makhluk ini

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. ............................................................... Siapakah wanita itu? Apa yg dia lakukan di rumah kita ? Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Siapakah Ummu Sibyan? Sekelumit sejarah ................................................................... Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat mem

Ratusan pendatang asing ditangkap

Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut hari ini. Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal mengesahkan syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.