Baru baru ini tular mengenai seorang graduan yang dihukum gantung sampai mati oleh pihak mahkamah di Malaysia. Berita ini gempar dan menjadi perhatian berita di dalam mahupun luar negara. Graduan tersebut ditangkap ketika dia sedang praktikal dan masih belum mempunyai pekerjaan tetap.
Dia ditangkap dan disabitkan kesalahan kerana memiliki dan memproses dadah jenis ganja kepada bentuk minyak. Atau dikenali sebagai 'ganja oil'. Dia didapati bersalah kerana mempunyai 2 kilogram HAMPAS ganja kering dan 260g ganja mampat di kediamannya.
Persoalannya,
Ganja ini Dadah atau Ubat?
Namun, adakah Muhammad Lukman seorang penjenayah? Yang mengedarkan dadah atas tujuan salah guna dan membahayakan komuniti masyarakat Malaysia.
Difahamkan, dia memproses dadah jenis ganja itu bertujuan untuk merawat pesakit yang mencari rawatan alternatif. Lebih dari 800 orang pesakit yang mengambil 'ganja oil' dari Lukman telah berjaya dirawat dan hasilnya memang berkesan.
Ada juga antara pesakit yang menggunakan rawatan ganja oil ini menjadi saksi di mahkamah untuk membuktikan mereka berjaya merawat diri mereka melalui rawatan alternatif ini.
Salah seorang pesakit yaang menghidap penyakit Thalesemia menggunakan rawatan minyak ganja ini sejak 2016, dan dia tidak pernah menggunakan rawatan perubatan di hospital. Ternyata rawatan ini amat membantu dirinya yang menghidap penyakit itu.
Pada tarikh sehari sebelum merdeka 31 Ogos lalu, mahkamah telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Lukman. Dia akan meninggalkan isterinya yang didapati tidak bersalah dalam kes itu.
Comments