Baru-baru ini Mitsubishi telah melancarkan model terbaru sebuah jentera pickup 4x4 keluaran syarikat tersebut di Thailand. Model pickup Triton ini di tampilkan dengam wajah yang nampak ganas dan tegap. Sekali gus membuat kan pickup pada masa ini telah menjadi satu 'trend' baru di negara Malaysia. Pickup 4x4 ini bukan lagi hanya dikenali sebagai kenderaan untuk mengangkat barang berat. Dengan reka bentuk baru Triton ini telah membuatkan kenderaan ini nampak mewah dan elegan. Kami tidak dapat memastikan bila model ini akan di jual di pasaran dan memasuki Malaysia. Apa pun reka bentuk Triton baru ini membuat ramai orang yang tak sabar dan teruja apabila melihatnya.