Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Info viral

Ini Cara Setting WhatsApp Anda Kepada Versi Dark Mode

Selepas beberapa aplikasi mengalami perubahan, WhatsApp kini telah menampilkan dark mode dalam aplikasinya bermula hari ini. Dengan fungsi dark mode, skrin paparan anda akan menjadi gelap dan ia memudahkan pengguna untuk melihat skrin tanpa memberikan gangguan kepada mata dan orang sekeliling. Update terkini WhatsApp dengan fungsi Dark Mode kini telah tiba di Malaysia untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android. Untuk pengguna Android 10 dan iOS13, fungsi dark mode ini akan berfungsi secara automatik jika anda mengaktifkan dark mode dalam sistem setting telefon anda. Manakala untuk pengguna Android 9 dan kebawah, anda boleh mengaktifkan fungsi dark mode dengan pergi ke WhatsApp Settings > Chats > Theme kemudian pilih “Dark”. Pengguna juga perlu mengemaskini update WhatsApp pada Apple Apps Store atau Google Play Store sebelum menukar fungsi dark mode ini.

Isu Huawei : Trump buat U-turn

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China selepas rundingan dengan Presiden negara itu, Xi Jinping, di sini hari ini. “Syarikat Amerika boleh menjual peralatan kepada Huawei.  “Kita memperkatakan mengenai peralatan yang tidak berkaitan dengan keselamatan negara,” katanya pada sidang media ketika persidangan G-20 di sini. Bulan lalu, Jabatan Perdagangan Amerika meletakkan Huawei dalam senarai hitam, menghalang syarikat negara berkenaan, termasuk Google sebagai pemilik Android, berurus niaga dengan gergasi telekom China itu. Bagaimanapun, sejumlah syarikat terlepas daripada sekatan itu manakala Google diberi pelepasan selama tiga bulan. Bloomberg melaporkan, Trump yang bertemu Xi di persidangan ketika G-20 itu bersetuju menghentikan seketika perang dagang kedua-dua negara dan menurutnya, isu Huawei termasuk dalam perbincangan mereka. “Saya kata O.K....

"Minyak moto ayah habis ditengah jalan. Mujur muncul uncle berbangsa cina datang tolong.

Tolong-menolong merupakan amalan terpuji yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Tidak kira siapa pun bangsa, agama dan kepercayaan, amalan mulia sebegitu sudah pasti mewujudkan suasana yang positif. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial Twitter, dia telah menceritakan perihal dia dan ayahnya dibantu oleh seorang lelaki berbangsa Cina ketika dalam kesulitan.

Marahkan isteri kerana calarkan 'sport rim' kereta.

”Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.” Bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma itu mekar dalam ingatan sehingga kini. Bidalan Melayu itu membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Ianya tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Namun, jika kesalahan pasangan dibalas dengan kata-kata kasar yang menghiris perasaan, hati siapa yang tidak sedih dan terguris. Seperti luahan seorang isteri ini yang terasa hati dengan sikap seorang suami. Hanya kerana berang dengan ‘Sport Rim’ kereta yang dicalarkan isteri, suaminya lupa bahawa dia juga telah ‘mencalarkan’ hati si isteri yang setia di sisi selama ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Suami semalam marah-marah cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan spotrim dia.. ye dia baru tukar kereta mpv dekat 2 minggu, saya ba...

Dalam usaha untuk menggantikan Huawei, A.S. luar mula berbincang dengan Nokia dan Ericsson.

NEW YORK (Reuters) - Kira-kira wakil telekomunikasi A.S. luar bandar yang bergantung kepada Huawei untuk peralatan rangkaian sedang berbincang dengan pesaing terbesarnya, Ericsson dan Nokia, untuk menggantikan peralatan Cina mereka, sumber yang biasa dengan perkara itu. Pengangkut, termasuk Pine Belt di Alabama, dan Union Wireless di Wyoming, sedang mencari harga diskaun dan berharap untuk bantuan kerajaan tetapi masih belum mencapai perjanjian, kata sumber tersebut. Nokia dan Ericsson enggan mengulas. Rundingan ini amat kritikal untuk syarikat penerbangan kecil yang bergantung kepada Huawei Technologies Co Ltd atau ZTE Corp untuk peralatan jaringan mudah alih murah dan berkualiti tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini walaupun syarikat telekom A.S. yang besar mengelakkan firma Cina. Kerajaan A.S. telah menandakan ancaman keselamatan Huawei dan dengan berkesan mengharamkan syarikat A.S. daripada menjalankan perniagaan dengan Huawei. Tetapi penukar vendor tidak akan mudah...

Lelaki ini membeli kesemua basikal Obike di Malaysia. Apa yang dilakukannya sangat mengejutkan!

Rupanya Lelaki Ini Yang Beli Hampir Kesemua Basikal oBike Sekitar KL Jika anda perasan, basikal oBike yang pernah diletakkan disekitar bandaraya Kuala Lumpur kini sudah tiada ayau sudahpun berkurangan. Basikal yang pernah diletakkan bagi memudahkan rakyat untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi ini pernah dilihat terabai dan tidak diselenggara dengan baik. Malah, basikal-basikal ini juga menjadi mangsa vandalisme segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu, seorang pelabur ekonomi, Muke Than Tun Win telah mengambil peluang untuk membeli basikal-basikal ini bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak di tanah airnya, iaitu Myanmar. Mike dilaporkan telah membeli lebih 10,000 basikal oBike dari Malaysia dan Singapura bermula awal tahun ini untuk diberikan kepada kanak-kanak di Myanmar. Katanya, dengan adanya kemudahan basikal ini, pelajar di Myanmar tidak perlu bersusah payah untuk berjalan kaki sejauh 10km atau selama 2 jam untuk ke sek...

Gelongsor Terpanjang di Dunia Bakal Dibuka di Malaysia!

Ini berita baik buat anda diluar sana yang gemar berkunjung ke taman tema air dan suka menikmati permainan gelongsor air. Taman Tema Escape Pulau Pinang bakal tampil dengan gelongsor air terpanjang yang baharu. Untuk pengetahuan anda, Action Park di Vernon New Jersey, United States masih lagi merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia dengan ukuran panjang 600 meter. Namun, rekod tersebut bakal bertukar tangan apabila gelongsor air berukuran 1,140 meter akan mula dibuka kepada orang ramai di Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang Ogos ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema Escape Pulau Pinang, Sim Choo Kheng, gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602 kilometer milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015 Malah, menurut beliau, gelongsor tersebut dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan...

[Viral] Polis Buru Lelaki yang merakam dan merosakkan makanan di Family Mart

PERBUATAN seorang lelaki merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di Nilai, membawa padah apabila video kejadian itu tular dan kini diburu polis. Difahamkan, kejadian berlaku selepas lelaki terbabit bersama rakan masuk ke premis berkenaan lalu merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman, kira-kira jam 10 malam tadi. Malah, mereka turut merakam video perbuatan terbabit di Instagram Story sebelum tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam. “Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini s...

Jari Tersangkut di mesin pancing..

20Jun2019 Pahang Pasukan EMRS Pasukan Cekap berjaya mengeluarkan mesin pancing yang terlekat di jari seorang kanak - kanak lelaki berumur 6 tahun di Hospital Raub menggunakan peralatan khas dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada Hospital Raub untuk tindakan selanjutnya. Balai Bomba dan Penyelamat RAUB #Inforoadblock

" Bina Masjid sendiri, jangan harapkan bantuan" - Tun M

JITRA : Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan. Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah. Menurutnya, semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan. “Masjid-masjid yang didirikan, kebanyakannya oleh orang tempatan itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada orang lain, jauh sekali bergantung kepada orang yang seagama dengan mereka. “Mereka sanggup bertungkus-lumus bukan sahaja mendirikan masjid tetapi juga menghiaskan masjid dengan pelbagai cara, supaya masjid mereka itu adalah antara yang terbaik di dunia,” kata Dr Mahathir. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di perkarangan Masjid An-Najah di Ayer Hitam dekat Jitra, Kedah pada Sabtu. Turut hadir isteri Perd...

"Kematian Adib diklasifikasikan sebagai Kes Bunuh!" - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. “Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu. “Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu. Semalam, pihak IJN memaklumkan tahap kesihatan Muhammad A...

Kemalangan melibatkan Lion Air berlaku lagi.

Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta terpaksa dibatalkan selepas ia terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas, malam tadi. "Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu. Ketika kejadian pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit. Difahamkan, kesemua penumpang diarah kembali ke ruan menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.

[VIDEO] Serpihan dan Kotak hitam Lion Air telah dijumpai.

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terheempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini. Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras. “Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi. “Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto. Penampakan Sebahagian Badan Pesawat Lion Air JT610 yang Ditemukan di Dasar Laut Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter. Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta. Dari rakaman vi...

Peramugari Air Asia menarik perhatian netizen

Baru-baru ini, jadi viral di laman Facebook dua keping gambar seorang pramugari Airasia yang sedang bertugas di dalam kabin pesawat. Perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman itu telah berjaya mendapat perhatian  ramai pengguna laman itu yang rata-rata mereka berasa kagum dengan kejelitaan wajah pramugari itu. George Wong yang telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsen yang memuji perkhidmatan Airasia kerana selain tambangnya yang murah, syarikat penerbangan tersebut turut menyediakan pemandangan yang indah di dalam pesawatnya. Berikutan viralnya gambar tersebut sehingga berjaya meraih lebih dariapda 3,000 perkongsian di Facebook, ramai netizen yang mula tertanya-tanya, siapakah gerangan sebenar individu di dalam gambar tersebut. Dikenali sebagai Mabel Goo, pramugari yang baru berusia 22 tahun itu merupakan rakyat Malaysia. Bekas penuntut UCSI ini tidak faham bagaimana dirinya boleh menjadi viral sehingga menyebabkan individu yang menyeba...

Pesawat terhempas di laut. 47 penumpang selamat.

SYDNEY: Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam. “Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas.  “Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,” Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon. Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia. Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospit...

Niat murni mandikn gelandangan

Tular di laman sosial twitter apabila sekumpulan belia yang mempunyai masa terluang di tempat kerja memandikan gelandangan yang selalu berlegar di kawasan tempat mereka bekerja. Ikuti penerangan dan video mereka di bawah :

Ratusan pendatang asing ditangkap

Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut hari ini. Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal mengesahkan syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.

"Gunakan Agamawan untuk jadikan benteng, Jadikan Hijrah sebagai pelaris"

Semalam saya ada melihat satu LIVE di facebook berkenan Ustaz Ebit Lew menghadiri ke rumah kediaman Dato' Aliff Syukri bertujuan berdakwah sambil merapatkan silaturahim sesama Islam. Benar apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan cara dia berdakwah itu mampu memberikan impak dan kesedaran untuk kita semua. Tapi saya tertarik dengan posting yang ditulis oleh rakan Facebook saya ini. Kerana semasa menonton LIVE tersebut saya terfikir perkara yang sama seperti yang di hujah kan oleh saudara Rahmat ini. Jum kita sama-sama hayati apa yang ditulis oleh saudara itu , Ada ramai juga yang menyokong pandangan dari saudara rahmat itu, Apa pun kita berhak untuk memberikan pandangan. Namun niat dan tujuan se pelaku melakukan hal itu adalah antara dia dengan tuhan. Adakah mereka ikhlas? Atau mungkin kah ini hanyalah 'drama' semata-mata. Wallahualam.