Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Dulu sering dibuli, sekarang menjadi model tersohor.

HONG KONG: Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul. Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk. Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang. “Saya sudah menghidap kencing manis ketika berusia 12 tahun. Apabila membuat senaman ringan, saya pasti pengsan, “Bukan itu saja, saya jadi murung kerana sering keletihan, “Hidup saya sengsara dan melalui kemurungan teruk. Sering dibuli, diejek dan menjadi bahan kutukan orang sekeliling,” katanya. Menurut South China Morning Post, jurulatih peribadi itu kini memiliki tubuh sasa dengan lapan hingga 10 ‘pack’. Ketika di sekolah menengah, Skinner bertekad mengamalkan gaya hidup sihat selepas meng

Isu Huawei : Trump buat U-turn

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China selepas rundingan dengan Presiden negara itu, Xi Jinping, di sini hari ini. “Syarikat Amerika boleh menjual peralatan kepada Huawei.  “Kita memperkatakan mengenai peralatan yang tidak berkaitan dengan keselamatan negara,” katanya pada sidang media ketika persidangan G-20 di sini. Bulan lalu, Jabatan Perdagangan Amerika meletakkan Huawei dalam senarai hitam, menghalang syarikat negara berkenaan, termasuk Google sebagai pemilik Android, berurus niaga dengan gergasi telekom China itu. Bagaimanapun, sejumlah syarikat terlepas daripada sekatan itu manakala Google diberi pelepasan selama tiga bulan. Bloomberg melaporkan, Trump yang bertemu Xi di persidangan ketika G-20 itu bersetuju menghentikan seketika perang dagang kedua-dua negara dan menurutnya, isu Huawei termasuk dalam perbincangan mereka. “Saya kata O.K., ia

"Minyak moto ayah habis ditengah jalan. Mujur muncul uncle berbangsa cina datang tolong.

Tolong-menolong merupakan amalan terpuji yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Tidak kira siapa pun bangsa, agama dan kepercayaan, amalan mulia sebegitu sudah pasti mewujudkan suasana yang positif. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial Twitter, dia telah menceritakan perihal dia dan ayahnya dibantu oleh seorang lelaki berbangsa Cina ketika dalam kesulitan.

Kajian mengatakan kepala bersaiz besar biasanya lebih bijak.

Laporan daripada UK Biobank menunjukkan, bayi yang dilahirkan dengan kepala yang besar mempunyai pemikiran yang lebih bijak dan kehidupan yang lebih berjaya. Kajian berkenaan dijalankan diatas lebih setengah juta penduduk UK dengan mengaitkan genetik, kesihatan mental dan fizikal serta kehidupan mereka seharian. Ini disokong dengan kenyataan daripada Pengarah Pusat Aeging Kognitif (CCACE) dari Universiti Edingburgh, dimana pemikiran seseorang dipengaruhi juga dengan bentuk badan. Tambah lagi, bayi yang mempunyai ukuran sekitar 31.75 hingga 35.56 sentimeter adalah bayi yang bijak.

Marahkan isteri kerana calarkan 'sport rim' kereta.

”Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.” Bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma itu mekar dalam ingatan sehingga kini. Bidalan Melayu itu membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Ianya tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Namun, jika kesalahan pasangan dibalas dengan kata-kata kasar yang menghiris perasaan, hati siapa yang tidak sedih dan terguris. Seperti luahan seorang isteri ini yang terasa hati dengan sikap seorang suami. Hanya kerana berang dengan ‘Sport Rim’ kereta yang dicalarkan isteri, suaminya lupa bahawa dia juga telah ‘mencalarkan’ hati si isteri yang setia di sisi selama ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Suami semalam marah-marah cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan spotrim dia.. ye dia baru tukar kereta mpv dekat 2 minggu, saya ba

Avengers : Endgame sah ditayangkan di pawagam Malaysia hujung minggu ini.

Nampaknya pawagam di Malaysia tidak akan terlepas untuk menayangkan Avengers: Endgame versi terbaru hujung minggu ini Avengers: Endgame 2.0 ini 29 Jun 2019 dan peminat yang membeli tiket tayangan ini akan dapat melihat video khas daripada pengarah Anthony Russo, beberapa adegan yang dipotong daripada filem ini serta menyaksikan adegan eksklusif ‘Spider-Man: Far From Home’. Mungkinkah turut ada end credit untuk Endgame? Itu anda perlu tonton sendiri di pawagam. Ayuh ajak rakan ke pawagam untuk sama-sama menyaksikan filem ini sekali lagi.

Dapat hidayah di Mekah. Lisa Surihani bertudung sepenuhnya.

Pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini, pasangan manis Lisa Surihani dan suami Yusri Abd Halim telah meraikan lebaran bersama dengan keluarga, di Tanah Suci Mekah. Pengalaman dapat mengerjakan umrah dan menyambut Syawal bersama keluarga tercinta di sana, disifatkan adalah moment yang paling indah dalam hidup pelakon itu. Setelah kembali dari mengerjakan umrah, Lisa Surihani dilihat telah tampil dengan imej berhijab. Perkara ini dikukuhkan lagi apabila rakan baik pelakon ini, Intan Lidyana turut mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah. Ditemui pihak Berita Harian, Lisa Surihani mengesahkan akan perkara tersebut namun menganggap keputusan sama ada bertudung atau sebaliknya adalah terlalu peribadi. “Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu. Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu merai

Dalam usaha untuk menggantikan Huawei, A.S. luar mula berbincang dengan Nokia dan Ericsson.

NEW YORK (Reuters) - Kira-kira wakil telekomunikasi A.S. luar bandar yang bergantung kepada Huawei untuk peralatan rangkaian sedang berbincang dengan pesaing terbesarnya, Ericsson dan Nokia, untuk menggantikan peralatan Cina mereka, sumber yang biasa dengan perkara itu. Pengangkut, termasuk Pine Belt di Alabama, dan Union Wireless di Wyoming, sedang mencari harga diskaun dan berharap untuk bantuan kerajaan tetapi masih belum mencapai perjanjian, kata sumber tersebut. Nokia dan Ericsson enggan mengulas. Rundingan ini amat kritikal untuk syarikat penerbangan kecil yang bergantung kepada Huawei Technologies Co Ltd atau ZTE Corp untuk peralatan jaringan mudah alih murah dan berkualiti tinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini walaupun syarikat telekom A.S. yang besar mengelakkan firma Cina. Kerajaan A.S. telah menandakan ancaman keselamatan Huawei dan dengan berkesan mengharamkan syarikat A.S. daripada menjalankan perniagaan dengan Huawei. Tetapi penukar vendor tidak akan mudah

Lelaki ini membeli kesemua basikal Obike di Malaysia. Apa yang dilakukannya sangat mengejutkan!

Rupanya Lelaki Ini Yang Beli Hampir Kesemua Basikal oBike Sekitar KL Jika anda perasan, basikal oBike yang pernah diletakkan disekitar bandaraya Kuala Lumpur kini sudah tiada ayau sudahpun berkurangan. Basikal yang pernah diletakkan bagi memudahkan rakyat untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi ini pernah dilihat terabai dan tidak diselenggara dengan baik. Malah, basikal-basikal ini juga menjadi mangsa vandalisme segelintir pengguna yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan itu, seorang pelabur ekonomi, Muke Than Tun Win telah mengambil peluang untuk membeli basikal-basikal ini bagi memperbaiki kehidupan kanak-kanak di tanah airnya, iaitu Myanmar. Mike dilaporkan telah membeli lebih 10,000 basikal oBike dari Malaysia dan Singapura bermula awal tahun ini untuk diberikan kepada kanak-kanak di Myanmar. Katanya, dengan adanya kemudahan basikal ini, pelajar di Myanmar tidak perlu bersusah payah untuk berjalan kaki sejauh 10km atau selama 2 jam untuk ke sek

Gelongsor Terpanjang di Dunia Bakal Dibuka di Malaysia!

Ini berita baik buat anda diluar sana yang gemar berkunjung ke taman tema air dan suka menikmati permainan gelongsor air. Taman Tema Escape Pulau Pinang bakal tampil dengan gelongsor air terpanjang yang baharu. Untuk pengetahuan anda, Action Park di Vernon New Jersey, United States masih lagi merupakan pemegang rekod gelongsor air terpanjang di dunia dengan ukuran panjang 600 meter. Namun, rekod tersebut bakal bertukar tangan apabila gelongsor air berukuran 1,140 meter akan mula dibuka kepada orang ramai di Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang Ogos ini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Taman Tema Escape Pulau Pinang, Sim Choo Kheng, gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602 kilometer milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015 Malah, menurut beliau, gelongsor tersebut dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan

[Viral] Polis Buru Lelaki yang merakam dan merosakkan makanan di Family Mart

PERBUATAN seorang lelaki merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di Nilai, membawa padah apabila video kejadian itu tular dan kini diburu polis. Difahamkan, kejadian berlaku selepas lelaki terbabit bersama rakan masuk ke premis berkenaan lalu merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman, kira-kira jam 10 malam tadi. Malah, mereka turut merakam video perbuatan terbabit di Instagram Story sebelum tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam. “Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini s

Apple merancang membuka kilang di Malaysia

Sebelum ini kami melaporkan Foxconn telah bersedia untuk memindahkan pengeluaran produk Apple keluar dari China jika diperlukan. Ini adalah bagi mengelakkan kadar tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas produk yang diimport masuk dari negara tersebut. Pagi ini Nikkei Asian Review melaporkan Apple juga telah bersedia untuk memindahkan pengilangan produk mereka keluar dari China dengan Malaysia antara negara yang sedang dipertimbangkan. Menurut sumber Nikkei, wakil Apple telah mula berbincang dengan pembekal komponen untuk memindahkan 15-30% kapasiti pengilangan peranti keluar dari China. Apple akan tetap memindahkan pengeluaran ini tidak mengira jika tarif dikenakan oleh A.S ataupun tidak. Selain Malaysia negara lain yang dipertimbangkan sebagai lokasi pengilangan baru ialah Mexico, Indonesia, India dan Vietnam. Pada waktu ini pengilangan produk khusus untuk pasaran India telahpun dilakukan di India. Sekiranya Malaysia terpilih, ini tidak bermakna harga

Jari Tersangkut di mesin pancing..

20Jun2019 Pahang Pasukan EMRS Pasukan Cekap berjaya mengeluarkan mesin pancing yang terlekat di jari seorang kanak - kanak lelaki berumur 6 tahun di Hospital Raub menggunakan peralatan khas dan seterusnya menyerahkan mangsa kepada Hospital Raub untuk tindakan selanjutnya. Balai Bomba dan Penyelamat RAUB #Inforoadblock