Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Pesawat terhempas di laut. 47 penumpang selamat.

SYDNEY: Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam. “Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas.  “Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,” Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon. Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia. Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospital u

Niat murni mandikn gelandangan

Tular di laman sosial twitter apabila sekumpulan belia yang mempunyai masa terluang di tempat kerja memandikan gelandangan yang selalu berlegar di kawasan tempat mereka bekerja. Ikuti penerangan dan video mereka di bawah :

Segera tutup tingkap rumah pada waktu maghrib. Bagi mengelak gangguan makhluk ini

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. ............................................................... Siapakah wanita itu? Apa yg dia lakukan di rumah kita ? Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Siapakah Ummu Sibyan? Sekelumit sejarah ................................................................... Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat mem

Ratusan pendatang asing ditangkap

Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut hari ini. Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal mengesahkan syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya. “Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit. “Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri. “Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online. Turut ber

‘Sayuran & Ikan Kering Diawet Punca Kanser Hidung’ – Doktor

Ketika ini kita difahamkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), lagenda badminton negara itu disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Sebuah perkongsian mengenai kanser hidung oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam dilaman Twitter telah mendapat sebanyak 3ribu retweet. Mungkin ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama dalam mengetahui punca dan impak buat kesihatan kita.  Kerap dihadapi kaum Cina  Pemakanan yang diawet Pembedahan jarang diperlukan Sumber: Dr Shaiful

"Gunakan Agamawan untuk jadikan benteng, Jadikan Hijrah sebagai pelaris"

Semalam saya ada melihat satu LIVE di facebook berkenan Ustaz Ebit Lew menghadiri ke rumah kediaman Dato' Aliff Syukri bertujuan berdakwah sambil merapatkan silaturahim sesama Islam. Benar apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan cara dia berdakwah itu mampu memberikan impak dan kesedaran untuk kita semua. Tapi saya tertarik dengan posting yang ditulis oleh rakan Facebook saya ini. Kerana semasa menonton LIVE tersebut saya terfikir perkara yang sama seperti yang di hujah kan oleh saudara Rahmat ini. Jum kita sama-sama hayati apa yang ditulis oleh saudara itu , Ada ramai juga yang menyokong pandangan dari saudara rahmat itu, Apa pun kita berhak untuk memberikan pandangan. Namun niat dan tujuan se pelaku melakukan hal itu adalah antara dia dengan tuhan. Adakah mereka ikhlas? Atau mungkin kah ini hanyalah 'drama' semata-mata. Wallahualam.

Bunuh ibu kandung sendiri. Humban dalam tangki najis.

MISTERI kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, hari ini. Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka. Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis. “Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu. “Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya. “Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya. Menurutn

Tiada lagi Plastik Bulan depan

PUTRAJAYA: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan melancarkan pelan hala tuju sifar penggunaan plastik pakai buang 2018-2030, pada 17 Oktober depan. Menterinya, Yeo Bee Yin, berkata pelan itu antara lain bagi menangani masalah pencemaran sisa plastik, meningkatkan kesedaran orang awam, selain mencari alternatif kepada penggunaan pelbagai produk plastik. Katanya, pencemaran plastik bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah seluruh dunia yang mana ia turut menjejaskan hidupan laut. “Ramai yang nak membantu kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik dan kita ambil semua pandangan dalam merangka pelan hala tuju berkenaan. “Kita berharap dapat tingkatkan kesedaran melalui program yang dilaksanakan bukan sahaja oleh kerajaan, malah dengan bantuan media serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Town Hall membincangkan isu penggunaan plastik pakai buang bersama ahli

"Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga." - Dr Mazlee

JERLUN : Pihak pembangkang diingatkan jangan politikkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan manifesto Pakatan Harapan (PH). Tegas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kenyataan yang sebenarnya telah dimanipulasi dan diputar belit sedangkan maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah bagi menyeru supaya memupuk budaya amanah dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda. Katanya, beliau menyokong penuh apa yang diperkatakan Dr Mahathir dimana peminjam harus bersikap amanah dalam melangsaikan hutang masing-masing. "Manifesto satu perkara, tetapi apa yang diperkatakan ialah tentang sikap amanah. Ini yang ditekankan Tun Dr Mahathir, amanah untuk melangsaikan hutang apabila kita meminjam. "Pembangkang semua benda nak politikkan. Politik letak tepi. Kita bicara tentang akhlak moral. Kita pinjam duit, kita bayar. Kalau boleh bayar RM50 sebulan, kita bayar lah RM50. "Dalam ajaran Islam pun, ka

Ramai yang tak tahu tentang SEJARAH LEBUHARAYA TIMUR BARAT

Lebuhraya Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan sudah 33 tahun dibuka kepada lalu lintas. Bagi kebanyakan kita, lebuh raya sepanjang 125 kilometer yang beroperasi mulai Julai 1982 ini hanyalah sekadar laluan yang memendekkan perjalanan dari Utara ke pantai Timur, khususnya Kelantan & Terengganu.Tetapi lebih daripada itu, ia adalah lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu untuk keselesaan generasi masa kini dan akan datang. Pembinaannya diwarnai dengan air mata, penderitaan, kesusahan dan cabaran dengan pengganas komunis sentiasa memberi ancaman. Lebuh raya ini membolehkan pemandu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara menuju ke Kelantan tanpa perlu turun ke Selatan melintasi beberapa negeri untuk sampai ke destinasi. Mereka hanya perlu memasuki Gerik dan menggunakan lebuh raya ini untuk ke sana, begitu juga sebaliknya. Jarak perjalanan menjadi lebih dekat dan banyak masa dijimatkan.Pembinaan Lebuhraya Timur Barat mempunyai strateg

Kejohanan SUKMA : Eugenius, Azreen dinobat Olahragawan, Olahragawati

IPOH :  Tiga emas, satu perak, dua rekod temasya dan satu menyamai rekod kebangsaan membolehkan atlet kelahiran Sabah, Eugenius Lo dinobatkan sebagai Olahragawan Sukan Malaysia (SUKMA) ke-19 di Perak. Manakala kemampuan atlet pecut Terengganu, Azreen Nabila Alias meraih tiga emas - 100 meter (m), 200m dan 4x100m dan satu rekod temasya dalam acara 100m memadamkan rekod 10 tahun milik Siti Fatima Mohamad diumumkan sebagai Olahragawati SUKMA. Bagi Eugenius dia langsung tidak menjangka akan kejayaan itu dan ditujukan kepada kepada semua yang tidak putus memberi sokongan terutama kepada pasukan memanah Sabah, keluarga, rakan-rakan dan juga jurulatih yang sentiasa menjadi nadi kekuatannya selama ini. "Saya masih terkejut dengan anugerah ini. Sesungguhnya saya tidak menyangka akan dipilih sebagai olahragawan. "Persiapan saya selama setahun untuk menghadapi SUKMA ini berbaloi. Kejayaan saya raih hari ini memperbaiki pencapaian dua tahun lalu apabila sekadar meraih satu ema

Spare Part Motosikal Adflin Shauki dicuri.. Adflin Mohon bantuan orang ramai...

Siapa yang tak kenal artis Malaysia yang merupakan seorang Pelawak, Pelakon serta pengarah filem, Adflin Shauki. Dia juga merupakan antara artis yang berjaya dikalangan artis Malaysia. Banyak juga rancangan yang dihasilkannya berjaya membuatkan kita semua terhibur. Baru-baru ini, Adflin dikejutkan selepas dia baru pulang dari tempat kerja nya. Dia dapati beberapa barangan motosikal berkuasa tinggi nya telah dicuri. Motosikalnya yang berjenama Ducati Diavel itu bukanlah motosikal kebanyakan orang yang mampu untuk memilikinya. Dia begitu terkejut dan memuat naik video di laman sosial peribadinya mengenai kehilangan barangan seperti brake dan clutch motosikal miliknya. Kita tahu, alat ganti brake disk untuk sebuah motosikal itu bukannya murah. Menelan belanja yang tinggi. Tambahan lagi aksesori itu datang dengan jenama yang mahal. Ducati Diavel Dia begitu kesal dan memohon orang ramai yang ternampak kegiatan yang tidak bermoral itu melaporkan kepada pihaknya. Dia sudah

Dato' Siti Kalahkan Avril Lavinge

Single baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana, yang dilancarkan di iTunes, tengah malam tadi, berjaya mengetepikan lagu Head Above Water nyanyian Avril Lavigne hanya dalam tempoh sejam untuk menguasai carta nombor satu jualan tertinggi di negara ini menerusi platform digital itu. Siti berkata, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang turut menjadi sohor kini itu diharap terus mampu melangkaui sempadan dengan diterima semua pendengar di serata pelosok tempat. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang melanggan lagu ini sejak tengah malam tadi, sekali gus menjadikan tanda pagar Anta Permana ‘trending’ di laman sosial. "Kebiasaannya, carta jualan lagu dalam keempat-empat medium, termasuk Spotify, KKBox dan Joox, sentiasa turun naik, malah karya baharu yang dilancarkan juga kerap mendapat langganan tinggi. "Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril, tetapi saya yakin muzik itu bersifat sejagat dan akan bergerak sendiri tan

Elakkan guna supplement. Amalkan makanan Sihat.

RAMAI keliru di antara keperluan dan kehendak untuk mendapatkan diet yang sihat serta seimbang dalam kehidupan seharian. Kebanyakan kita menyangka pemakanan seharian tidak mencukupi dari segi zat, vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan. Mereka mudah mempercayai iklan berkaitan dengan suplemen. Suplemen ialah makanan tambahan berbentuk sama ada pil, kapsul, gel lembut, susu, serbuk, tepung dan cecair. Ia terdiri sama ada dari sejenis vitamin sahaja atau yang digabungkan bersama. Pemakanan sihat mengandungi makronutrisi dan mikronutrisi. Makronutrisi ialah khasiat yang memberikan tenaga dan kalori kepada badan, ia diperlukan dalam jumlah yang besar untuk setiap hidangan yang kita makan. Contoh makronutrisi ialah karbohidrat, protein dan lemak. Tiga nutrisi ini harus dihidangkan dalam bentuk suku-suku-separuh, iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh lagi ialah serat. Inilah contoh pinggan sihat yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Kesan samping

Pesalah Rasuah akan bertanding di Pilihan Raya Indonesia

JAKARTA: Puluhan warga Indonesia yang pernah dipenjarakan atas kesalahan rasuah dijangka bertanding, menurut suruhanjaya pilihan raya negara itu, hari ini, ketika negara majoriti Muslim terbesar dunia itu mula berkempen, hujung minggu ini. Semua bekas pesalah itu adalah antara lebih 8,000 calon yang bertanding kerusi parlimen dan majlis wilayah. Indonesia mempunyai 186 juta pengundi layak yang akan membuang undi pada pilihan raya umum, 17 April depan. Seluruh peringkat masyarakat Indonesia dibelenggu rasuah dan Dewan Perwakilannya dilihat sebagai badan yang paling terjejas rasuah. Bagaimanapun, minggu lalu, Mahkamah Agung membuat keputusan bahawa 38 orang yang pernah disabitkan atas kesalahan rasuah boleh bertanding walaupun mempunyai rekod jenayah. Keputusan itu dilakukan, selepas suruhanjaya pilihan raya Indonesia cuba menghalang kelayakan mereka. “Kami menentangnya, namun memandangkan Mahkamah Agung memberi kebenaran, tidak ada apa yang kami boleh lakukan,” kata ketua S