Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

" Bina Masjid sendiri, jangan harapkan bantuan" - Tun M

JITRA : Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan. Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah. Menurutnya, semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan. “Masjid-masjid yang didirikan, kebanyakannya oleh orang tempatan itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada orang lain, jauh sekali bergantung kepada orang yang seagama dengan mereka. “Mereka sanggup bertungkus-lumus bukan sahaja mendirikan masjid tetapi juga menghiaskan masjid dengan pelbagai cara, supaya masjid mereka itu adalah antara yang terbaik di dunia,” kata Dr Mahathir. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di perkarangan Masjid An-Najah di Ayer Hitam dekat Jitra, Kedah pada Sabtu. Turut hadir isteri Perd

[VIDEO] Anak nyaris dilanggar kerana ayah tertido.

Puncak Alam - Kejadian ini berlaku baru-baru ini di Puncak Alam Fasa 2. Seorang kanak-kanak berkeliaran tersempak oleh penunggang motosikal yang nyaris dilanggar oleh sebuah lori. Ketika ditanya, kanak-kanak itu memberitahu ayahnya tidur dirumah dan dalam perjalanan pulang Ikuti video ini untuk melihat situasi cemas ini berlaku.