Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Bukan Salah Kerajaan, Salah tuhan you!...

Berita kematian allahyarham Muhammad Adib semalam, telah mula tular di laman sosial dengan semua portal media telah melaporkan berita kehilangan wira negara itu. Ramai yang telah meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati, dan berduka atas kematian Adib. Namun, di sebalik itu seorang wanita telah meninggalkan komen berbaur ‘penghinaan’. Wanita bukan Islam itu, telah menulis, Komen daripada wanita ini telah membangkitkan kemarahan ramai, dan disifatkan seperti tidak menghormati allahyarham Muhammad Adib. Lantaran itu, ramai yang telah mengecam tindakan wanita itu dan menyerang akaun Facebook wanita itu kerana mengeluarkan kenyataan biadab. Setelah wanita yang dikenali sebagai Caryn Yen menulis komen tersebut, seorang pengguna laman Facebook telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Caryn Yen. Lantaran daripada laporan polis yang dibuat, pihak majikan Caryn Yen telah mengeluarkan kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pihak mereka tidak bersetuju dengan tindakan staf

"Kematian Adib diklasifikasikan sebagai Kes Bunuh!" - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. “Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu. “Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu. Semalam, pihak IJN memaklumkan tahap kesihatan Muhammad A