Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Petua & Kesihatan

Kajian mengatakan kepala bersaiz besar biasanya lebih bijak.

Laporan daripada UK Biobank menunjukkan, bayi yang dilahirkan dengan kepala yang besar mempunyai pemikiran yang lebih bijak dan kehidupan yang lebih berjaya. Kajian berkenaan dijalankan diatas lebih setengah juta penduduk UK dengan mengaitkan genetik, kesihatan mental dan fizikal serta kehidupan mereka seharian. Ini disokong dengan kenyataan daripada Pengarah Pusat Aeging Kognitif (CCACE) dari Universiti Edingburgh, dimana pemikiran seseorang dipengaruhi juga dengan bentuk badan. Tambah lagi, bayi yang mempunyai ukuran sekitar 31.75 hingga 35.56 sentimeter adalah bayi yang bijak.

Segera tutup tingkap rumah pada waktu maghrib. Bagi mengelak gangguan makhluk ini

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. ............................................................... Siapakah wanita itu? Apa yg dia lakukan di rumah kita ? Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Siapakah Ummu Sibyan? Sekelumit sejarah ................................................................... Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat mem...

‘Sayuran & Ikan Kering Diawet Punca Kanser Hidung’ – Doktor

Ketika ini kita difahamkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), lagenda badminton negara itu disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Sebuah perkongsian mengenai kanser hidung oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam dilaman Twitter telah mendapat sebanyak 3ribu retweet. Mungkin ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama dalam mengetahui punca dan impak buat kesihatan kita.  Kerap dihadapi kaum Cina  Pemakanan yang diawet Pembedahan jarang diperlukan Sumber: Dr Shaiful

Elakkan guna supplement. Amalkan makanan Sihat.

RAMAI keliru di antara keperluan dan kehendak untuk mendapatkan diet yang sihat serta seimbang dalam kehidupan seharian. Kebanyakan kita menyangka pemakanan seharian tidak mencukupi dari segi zat, vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan. Mereka mudah mempercayai iklan berkaitan dengan suplemen. Suplemen ialah makanan tambahan berbentuk sama ada pil, kapsul, gel lembut, susu, serbuk, tepung dan cecair. Ia terdiri sama ada dari sejenis vitamin sahaja atau yang digabungkan bersama. Pemakanan sihat mengandungi makronutrisi dan mikronutrisi. Makronutrisi ialah khasiat yang memberikan tenaga dan kalori kepada badan, ia diperlukan dalam jumlah yang besar untuk setiap hidangan yang kita makan. Contoh makronutrisi ialah karbohidrat, protein dan lemak. Tiga nutrisi ini harus dihidangkan dalam bentuk suku-suku-separuh, iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh lagi ialah serat. Inilah contoh pinggan sihat yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Kesan samping...

Resepi Kek Cheese Leleh

Resepi Kek Cheese Leleh Bahan-bahannya : 100g tepung hongkong (Kalau takde boleh guna tepung gandum)* 60g tepung jagung* 1 sudu kecil baking powder* 1 sudu besar ovelette 100g gula kastor 4 biji telur 50ml air sejuk ( air dari peti ais) 75g mentega cair 1 sudu kecil vanila Cara Membuatnya : 1. Ayakkan dahulu bahan yang bertanda * 2. Mixkan semua bahan di atas, kecuali mentega cair. 3. Pukul sampai gebu, baru masukkan mentega cair. Sebatikan. 4. Bakar dalam oven pada suhu150'C selama 45 minit. (bakar dengan suhu 150'C selama 30 minit.. 5. kemudian dengan suhu 170'C selama 20 minit....kepanasan ini bergantung pada oven masing2)

Resepi kentang putar Ala KFC.. Homemade!

RESEPI KENTANG PUTAR HOMEMADE ALA KFC BAHAN-BAHAN Untuk Kentang Lenyek Ubi kentang (5 biji) Susu segar (1 cawan) Serbuk lada sulah Untuk Kuah 2 cawan air 1 kuib ayam 1 biji bawang besar (dikisar) 2 ulas bawang putih (dikisar) 4 sudu marjerin 1 cawan tepung gandum Sedikit serbuk lada hitam dan lada sulah CARA-CARA A) LANGKAH MEMBUAT KENTANG PUTAR 1. Rebus Kentang Mula-mula, potong kentang berbentuk dadu dan rebuskan selama lebih kurang 20 minit. 2. Lenyek Selepas itu, toskan dan lenyek. Gaulkan bersama susu segar dan lada sulah. Kentangnya dah pun siap. Sekarang, kita akan buat gravy / kuahnya pula. B) LANGKAH MEMBUAT KUAH 1. Reneh Bahan Untuk membuat kuah, mula-mula didihkan air dan masukkan kiub ayam bersama bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar. Renehkan selama 10 minit. Tutup api dan toskan air rebusan ini ke dalam sebuah bekas. Ketepikan dulu. 2. Cairkan Marjerin Seterusnya, cairkan marjerin dan masukkan tepung gandum sedikit demi...

Resepi Donut Nutella.

Donut Inti Nutella Bahan-bahan A: 24 keping roti Gardenia (dipotong bulat) 4 biji telur 2 sudu besar susu 1 sudu besar gula 1/2 sudu teh serbuk kayu manis 1 sudu teh ekstrak vanila 2 cawan coklat kacang hazel (paling mudah boleh guna Nutella!) Bahan-Bahan B: Setengah cawan gula 1 sudu teh serbuk kayu manis Cara Memasak: 1. Masukkan 4 biji telur dalam mangkuk sederhana 2. Kemudian masukkan susu, gula, serbuk kayu manis, ekstrak vanila ke dalam mangkuk tadi dan kacau hingga semua bahan sebati (bahan-bahan A) 3. Celupkan roti yang telah dipotong bulat ke dalam mangkuk tadi dan letakkan ke dalam dulang pembakar (untuk kek cawan) 4. Kemudian isikan coklat hazelnut di atas roti dan tutup dengan menggunakan roti yang telah dipotong bulat tadi juga. 5. Setelah kesemua roti ditutup, letakkan gula, serbuk kayu manis (bahan-bahan B) di dalam mangkuk kecil dan taburkan ke atas roti tadi. 6. Bakar selama 25 minit dengan suhu 180 darjah celcius.

Kisah lelaki mempunyai 4 isteri ..

Hari ni saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai bepoligami ataupun lelaki yang mempunyai empat orang isteri. Cerita ini saya ambil setelah saya melihat satu video di Youtube dan bagi saya ia merupakan cerita yang cukup menarik. Ramai yang fikir berpoligami ini adalah seorang lelaki yang mempunyai ramai isteri. Tapi cerita ini sebaliknya, dia memandang poligami ini dari sudut yang berbeza. Setiap orang didalam dunia ini di beri dua pilihan, iaitu kehendak dan keperluan. Bagi lelaki ini, dia mengaitkan kisah seorang raja yang memiliki kekayaan dan 4 orang isteri. Pada suatu hari, Raja itu telah jatuh sakit, dan dia berapa di ambang kematian. Ketika dia terlantar di katil, dia memanggil isteri ke empat iaitu isteri yang di sayanginya. Dia selalu membeli pakaian yang cantik dan mahal kepada isteri keempatnya. Lalu, dia memanggil isterinya itu dan bertanya, “Adakah kamu ikut bersama saya ke alam selepas kematian?” Lalu isteri ke empatnya menjawab, “ Tidak, aku amat menyayang...

5 cara berkesan hilangkan jerawat dan membersihkan muka dari jerawat .. Paling Mujarab!!

Masalah jerawat memang tak dapat nak dielakkan untuk semua orang kat muka bumi ni. Sape yang tak pernah ada jerawa sejak kecil sampai besar kira beruntunglah ya!  Saya pun pernah alami dan faham akan situasi muka berjerawat ni. Tambah-tambah untuk anak muda yang baru nak baligh tu. Perkara itu dah dianggap normal. Tapi AWAS ! Jika tidak dirawat dengan segera atau dibendung. Jerawat di muka anda mungkin menjadi bertambah kronik. Dan mungkin boleh meninggalkan kesan yang kekal pada muka kita. Amat mengerikan bukan? Namun tidak dinafikan, ada juga orang yang mengalami masalah Allergi atau sindrom resdung yang menyebabkan jerawatnya akan tumbuh dengan cepat kalau tersalah makan atau penyakit itu tiba-tiba datang. Disini saya nak share kan sikit tentang cara berkesan menghilangkan jerawat. Hanya ikuti 5 langkah ini. Yang pasti cara ini tidak memerlukan bahan kimia untuk menghilangkan jerawat. Cara-caranya adalah : 1. Menggunakan bawang putih Mengapa kita gun...

Cara mandi wajib yang ringkas dan Apa itu mandi junub?

Ramai yang bila ditanya mengenai mandi wajib, mula menganggap mandi wajib ini adalah susah dan mengambil masa yang la. Pandangan ini adalah salah ya! Mandi wajib ni sebenarnya tidak mengambil masa yang lama dan sangat mudah untuk kita laksanakan. Yang penting kita lakukan mandian yang semurna dan juga menggunakan air mutlak. Sebelum itu mari saya terangkan dahulu bila, dan kenapa kita perlu mandi wajib. Mandi junub atau lebih dikenali sebagai mandi wajib ni sangat lah perlu di ambil berat. Ini kerana jika kita melakukan cara yang salah atau mandi dengan cara yang tak sempurna, mandian kita itu tidak sah dan segala ibadat kita boleh jadi tidak diterima. Mashaallah, kam dah jadi sia sia tu. Kenapa kita perlu mandi wajib? Apabila terkeluar air mani selepas bersetubuh Selepas haid dan nifas Wiladah Jadi, inilah cara-cara untuk kita mandi wajib : 1. Niat ketika air sampai ketubuh 2. Membaca bismillah 3. Mencuci tangan sebanyak 3 kali 4. Mencuci kemaluan dengan tangan kir...

Wanita ini tunjukkan makeup paling simple. Basic makeup tutorial !

Dah banyak kita saksikan di media sosial terutama di 'fb live' orang buat tutorial tentang makeup. Terutamanya untuk basic makeup tutorial. Yang jadi bertambah menariknya, tidak kira lelaki atau wanita, ada sahaja kreativiti masing masing yang ingin menunjukkan bakat mereka dalam bidang makeup ini. Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka yang boleh 'menyolek' muka mereka menjadi seperti iras-iras artis! Memang wow kan! Bagi saya itu adalah bakat dan cara mereka menampilkan keyakinan diri haruslah dipuji. Bukan semua orang boleh bercakap sambil nak 'conteng' muka ni. Itu adalah pandangan saya setelah saya melihat begitu ramai yang membuat live make up ini di facebook. Tidak kiralah dari seorang lelaki atau wanita. Tetapi, bukan soal live di facebook yang saya ingin bahaskan, saya ingin berkongsi dengan anda satu video ni, saya terlihat di sebuah youtube channel yang bernama 'Musmira Iris'. Bagi saya juga salah satu video tutorial yang me...

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara...

Resepi Daging Goreng Thai

Resepi Daging Goreng Thai. Boleh tung tang tung tang cuti2 nanti makan dengan kesayangan! Atau suruh sayang masakkan hehe Bahan-bahan: -DAGING 800 g. -Biji Ketumbar 5 sudu di kisar atau ditumbuk -Bawang Putih 4 ulas ditumbuk atau dihiris halus -Lada Hitam 1 sudu besaf dikisar/ditumbuk -Sos Tiram 2 sudu besar -Garam secukup rasa -Butter atau majerin untuk menumis ( Gaul daging dengan semua bahan kecuali butter dan bawang putih.. Perap 30 minit atau 2 jam Bahan-bahan untuk sos: -Serbuk cili thai -Gula kabung atau somtam jika tiada pakai gula putih 2 sudu - 2 sudu Beras digoreng atau disangai di kisar halus -Air Limau Nipis 2 sudu -Air Asam Jawa 3 Sudh -Kicap sotong atau sos ikan -bawang kecik merah 3 ulas di hiris nipis -Daun ketumbar dan daun bawang Kredit: Resepi Masakan

Cara Untuk Lampu Kereta Yang Kusam Pudar Jadi Baru

Mesti ramai orang yang lampu hadapan atau 'headlight' kereta nya yang dah kusam seperti kekuningan kan. Nak pergi polish dekat kedai mahal. Mahu dekat RM100 juga rasanya. Itupun belum campur nak letak 'coating' atau tinted lagi kan. Kadangkan buat mata kita ni pedih nak memandang. Nak pula kereta yang dah nak habis bayar dah. Kadang kereta baru pun dah nak dekat setahun pun dah nampak dah petanda lampu dah start nak jadi kuning. Tambah tambah kereta yang selalu parking dekat bawah cahaya matahari. Ada juga yang bagi tips gosok dengan ubat gigi. Jadi ni saya kongsikan salah satu tips lain. Saya dapat kan daripada salah seorang pemilik akaun facebook. Dah harganya sangat murah dan JIMAT ! Inilah barangnya, korang boleh dapatkan dimana mana kedai pasaraya Eco yang berdekatan. Tahu tak selain boleh putihkan balek lampu kereta korang, ia juga boleh hilangkan calar. Terutama di bahagian pembuka pintu kereta. Selalu sangat tempat tu yang paling senang calar kan. ...

Petua : Jangan buang gula anda yang telah dimasuki semut. Ikuti petua ini.

Kalau gula di dapur dihurung semut, tolong jangan panik dan jangan dibuang pula gula itu . Anda boleh cuba petua ini dan ianya memang berkesan. Tips: Letak bunga cengkih di dalam balang gula, kemudian tutup. Jangan rapat sangat, supaya semut-semut boleh keluar dari bekas gula itu. Bekas perlu ditutup, agar bau cengkih cukup kuat untuk menghalau kesemua semut itu. Biarkan sehingga semut hilang. Kalau boleh, letak di tempat yang agak panas. Sumber : Azura Abd Jalil