Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hiburan

Dulu sering dibuli, sekarang menjadi model tersohor.

HONG KONG: Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul. Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk. Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang. “Saya sudah menghidap kencing manis ketika berusia 12 tahun. Apabila membuat senaman ringan, saya pasti pengsan, “Bukan itu saja, saya jadi murung kerana sering keletihan, “Hidup saya sengsara dan melalui kemurungan teruk. Sering dibuli, diejek dan menjadi bahan kutukan orang sekeliling,” katanya. Menurut South China Morning Post, jurulatih peribadi itu kini memiliki tubuh sasa dengan lapan hingga 10 ‘pack’. Ketika di sekolah menengah, Skinner bertekad mengamalkan gaya hidup sihat selepas meng...

Avengers : Endgame sah ditayangkan di pawagam Malaysia hujung minggu ini.

Nampaknya pawagam di Malaysia tidak akan terlepas untuk menayangkan Avengers: Endgame versi terbaru hujung minggu ini Avengers: Endgame 2.0 ini 29 Jun 2019 dan peminat yang membeli tiket tayangan ini akan dapat melihat video khas daripada pengarah Anthony Russo, beberapa adegan yang dipotong daripada filem ini serta menyaksikan adegan eksklusif ‘Spider-Man: Far From Home’. Mungkinkah turut ada end credit untuk Endgame? Itu anda perlu tonton sendiri di pawagam. Ayuh ajak rakan ke pawagam untuk sama-sama menyaksikan filem ini sekali lagi.

Dapat hidayah di Mekah. Lisa Surihani bertudung sepenuhnya.

Pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini, pasangan manis Lisa Surihani dan suami Yusri Abd Halim telah meraikan lebaran bersama dengan keluarga, di Tanah Suci Mekah. Pengalaman dapat mengerjakan umrah dan menyambut Syawal bersama keluarga tercinta di sana, disifatkan adalah moment yang paling indah dalam hidup pelakon itu. Setelah kembali dari mengerjakan umrah, Lisa Surihani dilihat telah tampil dengan imej berhijab. Perkara ini dikukuhkan lagi apabila rakan baik pelakon ini, Intan Lidyana turut mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah. Ditemui pihak Berita Harian, Lisa Surihani mengesahkan akan perkara tersebut namun menganggap keputusan sama ada bertudung atau sebaliknya adalah terlalu peribadi. “Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu. Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu merai...

Apple merancang membuka kilang di Malaysia

Sebelum ini kami melaporkan Foxconn telah bersedia untuk memindahkan pengeluaran produk Apple keluar dari China jika diperlukan. Ini adalah bagi mengelakkan kadar tarif tinggi yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas produk yang diimport masuk dari negara tersebut. Pagi ini Nikkei Asian Review melaporkan Apple juga telah bersedia untuk memindahkan pengilangan produk mereka keluar dari China dengan Malaysia antara negara yang sedang dipertimbangkan. Menurut sumber Nikkei, wakil Apple telah mula berbincang dengan pembekal komponen untuk memindahkan 15-30% kapasiti pengilangan peranti keluar dari China. Apple akan tetap memindahkan pengeluaran ini tidak mengira jika tarif dikenakan oleh A.S ataupun tidak. Selain Malaysia negara lain yang dipertimbangkan sebagai lokasi pengilangan baru ialah Mexico, Indonesia, India dan Vietnam. Pada waktu ini pengilangan produk khusus untuk pasaran India telahpun dilakukan di India. Sekiranya Malaysia terpilih, ini tidak bermakna harga ...

Dato' Aliff menyesal selamatkan Zamani..

Pada konsert minggu ke 5 dalam rancangan realiti gegar Vaganza 5 semalam nampaknya bekas vokalis Slam, Zamani gagal memberikan persembahan ekoran daripada masalah peti suaranya yang koyak. Berikutan itu, ramai yang yakin dan pasti bahawa Zamani akan disingkirkan pada malam itu. Sememangnya benar, keputusan juri juga membuat keptusan untuk menyingkirkan Zamani. Namun pada masa itu muncul Dato Aliff Syukri yang juga penaja Gegar Vaganza 5 menyelamatkan Zamani dengan menggunakan kuasa immuniti yang ada padanya. Ironinya selepas konsert berlangsung, Dato Aliff seolah olah menyesal dengan tindakannya itu yang menggunakan immuniti terhadap Zamani.

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya. “Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit. “Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri. “Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online. Turut ber...

Spare Part Motosikal Adflin Shauki dicuri.. Adflin Mohon bantuan orang ramai...

Siapa yang tak kenal artis Malaysia yang merupakan seorang Pelawak, Pelakon serta pengarah filem, Adflin Shauki. Dia juga merupakan antara artis yang berjaya dikalangan artis Malaysia. Banyak juga rancangan yang dihasilkannya berjaya membuatkan kita semua terhibur. Baru-baru ini, Adflin dikejutkan selepas dia baru pulang dari tempat kerja nya. Dia dapati beberapa barangan motosikal berkuasa tinggi nya telah dicuri. Motosikalnya yang berjenama Ducati Diavel itu bukanlah motosikal kebanyakan orang yang mampu untuk memilikinya. Dia begitu terkejut dan memuat naik video di laman sosial peribadinya mengenai kehilangan barangan seperti brake dan clutch motosikal miliknya. Kita tahu, alat ganti brake disk untuk sebuah motosikal itu bukannya murah. Menelan belanja yang tinggi. Tambahan lagi aksesori itu datang dengan jenama yang mahal. Ducati Diavel Dia begitu kesal dan memohon orang ramai yang ternampak kegiatan yang tidak bermoral itu melaporkan kepada pihaknya. Dia sudah...

Dato' Siti Kalahkan Avril Lavinge

Single baharu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Anta Permana, yang dilancarkan di iTunes, tengah malam tadi, berjaya mengetepikan lagu Head Above Water nyanyian Avril Lavigne hanya dalam tempoh sejam untuk menguasai carta nombor satu jualan tertinggi di negara ini menerusi platform digital itu. Siti berkata, lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang turut menjadi sohor kini itu diharap terus mampu melangkaui sempadan dengan diterima semua pendengar di serata pelosok tempat. "Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua peminat yang melanggan lagu ini sejak tengah malam tadi, sekali gus menjadikan tanda pagar Anta Permana ‘trending’ di laman sosial. "Kebiasaannya, carta jualan lagu dalam keempat-empat medium, termasuk Spotify, KKBox dan Joox, sentiasa turun naik, malah karya baharu yang dilancarkan juga kerap mendapat langganan tinggi. "Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan Avril, tetapi saya yakin muzik itu bersifat sejagat dan akan bergerak sendiri tan...

Fattah Amin buat kejutan semasa jemput Fazura di Airport.. Sweet nya..

Siapa yang tak kenal.. Pasangan Suami isteri yang sensasi Fattah Amin dan Fazura. Mereka sebelum ini menggemparkan Malaysia kerana perkahwinan mereka dilakukan secara rahsia. Apa yang lebih menarik minat netizen lagi. Suami Fazura, Fattah Amin sangat romantim dan dilihat selalu melakukan perkara yang romantik kepada Fazura. Baru-baru ini dia buat kejutan dengan memberikan bunga yang diletakkan didalam keretanya semasa mengambil Fazura yang baru tiba di Lapangan Terbang.

Hilangnya seorang Seniman yang pernah menghiburkan kita dulu. Takziah kepada keluarga Acappan.

Kita baru sahaja mendapat berita sebntar tadi. Pemergian seniman yang pernah menghiburkan kita suatu masa dahulu untuk selamanya. Pelawak yang berbangsa india ini merupakan antara artis yang buat kita sering ketawa dengan telatahnya yang kelakar. Beliau yang pernah berlakon di dalam filem Senario telah meninggalkan isterinya, Yogeswari Subramaniam, 53 dan 3 orang anak. Samynathan a/l Rethinam (Acappan) adalah diantara pelakon komedi lagenda Malaysia. Dia meninggal akibat dari kegagalan ginjal beefungsi di rumahnya. Kami ingin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Kehilangannya buatkan seluruh rakyat Malaysia yang pernah melihat hasil seninya bersedih

"Sayalah dajjal" - fathia latiff ditegur peminat

Artis Malaysia yang tidak serik akan beberapa kontroversi yang menimpa dirinya sebelum ini. Tak lain tak bukan, Fathia Latiff. Baru-baru ini fathia ditegur oleh peminatnya di laman sosial Instagram miliknya. Ayat seakan-akan ingin perli teguran daripada peminatnya itu, Fathia membalas komen dengan ayat yang mungkin menyentuh sensitiviti agama sekali gus menonjolkan keperibadian seseorang. Adakah Fathia Latiff masih belum insaf akan apa yang terjadi terhadap kontroversi video tarian bigonya terdahulu? Korang boleh tengok 'drama' ini di gambar yang telah kami lampirkan dibawah.

Lirik Lagu Benladin

[Intro] Benladin...Benladin [Chorus] Mereka keluar masuk gua Mencuba mencari dimana ada Mencuba meneka dimana saya Mata kasar takkan dapat jumpa Niat enson matakaji semar ngiseng Aku lah Benladin Hikayat Benladin [Verse 1] Suara dah bergema Suara sakti hamba Dalam gelombang bawa aura ke udara Separa manusia separa luar biasa Gurau senda dengan kata-kata sang pujangga Kalau main api janganlah tambah gasolin Mesti hati-hati janganlah seperti lilin Jika mahu terang biar terang dengan betul Jangan jadi arang jadi arang buat kotor Kerna atas muka ada selendang suci Maka hias ia biar terpampang seri Akulah ilustrasi definisi gergasi Terhasil dari ekperimentasi radiasi bunyi Buka mata minda luas seperti lautan Usah fikir bukan-bukan, kata bukan-bukan Nenek tua si bongkok tiga Cubalah nenek cari cucu dimana ada (ohhhh...) [Chorus] Mereka keluar masuk gua Mencuba mencari dimana ada Mencuba meneka dimana saya Mata kasar takkan dapat jumpa Niat enson matakaji s...

Faris K Anuar bertunang .. Pertunangan Elfira Loy degan kekasih baru.. - Sufian Suhaimi redha.

Sebelum ini kita digemparkan oleh berita pertunangan antara Elfira Loy dan Sufian Suhaimi putus ditengah jalan. Pelbagai spekulasi yang dibuat oleh para netizen mengenai keretakan hubungan itu. Menjadi lebih parah apabila berita itu mula tular di banyak media sosial termasuk media massa. Pasangan yang dianggap 'love birds' menolak banyak sangkaan yang di lontarkan kepada mereka. Sufian sebelum ini ditanya mengenai desas desus hubungannya itu gagal kerana disebabkan oleh wang hantaran dan hadirnya pihak ke tiga. Dia redha dengan apa yang berlaku. Namun, segala jawapan mengenai pertanyaan hubungan mereka itu seolah terjawab apabila Sufian Suhaimi mengeluarkan lagu "Di matamu". Didalam lagu tersebut, seolah olah beliau menceritakan apa sebenarnya yang terjadi di dalam hubungannya dengan Elfira Loy. Baca : Gambar Mesra Ismail Izani dan Zarina cetuskan Kontroversi   Kedua-dua pihak tidak mahu menyalahkan satu sama lain. Dan menganggap hubungan antara mereka berd...

Foto Mesra Ismail Izzani dan Zarina tular di media sosial

Baru-baru ini, penyanyi muda yang terkenal di Malaysia telah mencetuskan kontroversi apabila gambar mesra dia bersama seorang artis wanita tempatan di sebuah tempat hiburan tular di media sosial. Budak mentah (ismail izzani) yang digelar netizen sebelum ini juga pernah dikatakan merupakan seorang lelaki 'playboy'. Walaupun masih baru didalam industri seni Malaysia, Ismail Izzani mula mempunyai ramai peminat di Malaysia terutamanya di kalangan wanita. Tidak cukup dengan itu, dia juga pernah di 'kantoi' kan kerap memakai barangan tiruan pada OOTD nya. Perkara itu tersebar apabila barangan yang dipakainya didedahkan oleh pemilik laman sosial yang melakukan gerakan mengintip 'influencer' yang menyokong atau memakai barangan tiruan. Baca : DSV tidak maafkan Aishah Dengan tersebarnya gambar mesra nya itu, netizen jugak tidak kurang menyerang laman sosial Fatiya Latiff kerana gambar tersebut di muat naik oleh artis itu. Fatiya menolak dakwaan orang ramai b...

Lavida Coin adalah haram - Bank Negara Malaysia

Didalam post saya terdahulu, saya ada menulis mengenai kejuaraan Aishah di sebuah rancangan gegarvaganza. Ini disebabkan oleh Aishah tidak mahu menerima wang yang dihadiahkan dalam bentuk cryptocoin atau dikenali sebagai Lavida Coin. Tambahan lagi, Aishah juga mendakwa barangan kemas yang dimenangi nya juga adalah palsu. Berang akan kenyataan Aishah itu, DSV sekali lagi mengeluarkan kenyataan dan menganggap perkara itu mengaibkan pihaknya. Baca :   DSV mahu kejuaraan aisyah ditarik Bank negara umum Lavida Coin Haram dan juga telah mengeluarkan beberapa nama syarikat yang terbabit. Senarai tersebut menghimpunkan syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan yang ditadbir oleh BNM. Senarai berkenaan tidak menyeluruh dan hanya berfungsi sebagai panduan kepada orang awam berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima oleh BNM. Setakat ini sebanyak 423 syarikat telah disenaraikan. BNM tidak mengiktiraf wang...

Dato Seri Vida (DSV) mahu tarik semula kejuaraan Aishah

Semalam penyanyi  Aishah  memberitahu beliau menolak tawaran usahawan komestik,  Datuk Seri Vida  yang mahu menggantikan barangan kemas tersebut dengan Lavida Coin dan hanya bersetuju jika ianya itu ditukar dengan wang tunai atau emas yang sama nilai. Bagaimanapun hari ini, Vida menegaskan beliau tidak akan menuruti permintaan Aishah kerana hadiah tersebut sebenarnya tiada dalam senarai hadiah utama bagi juara Gegar Vaganza musim keempat. “Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000. Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin, ‘you take it or leave it’. “Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati. Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini,” katanya kepada  mStar Online. Dalam pada itu, Vida juga mahu pihak Astro pertemukan mereka berdua untuk membersihkan imej beliau serta mencadangkan agar gelaran juara yang diberikan kepada Aishah ditarik b...

Camila Cabello kalahkan Drake, Beyonce

Baru baru ini telah berlangsung ‘MTV Video Music Award 2018’ di New York pada hari isnin yang lalu. Artis kelahiran Cuba, Camila Cabello,21, telah merangkul banyak anugerah dari pelbagai kategori. Cabello,21, telah dinobatkan sebagai ‘Artist of the year’ dan memenangi ‘video of the year’ dalam lagu hits nya yang berjudul HAVANA.  Klip video yang bercitarasa latin itu mendapat sambutan yang hangat di seluruh dunia.  Sementara itu, rapper Cardi B memenangi anugerah sebagai artis baru terbaik tahunan dan juga lagu hits terbarunya dengan tarian nya yang istimewa iaitu “I like It” yang digandingkan bersama J Balvin dan Bad Bunny. "Saya sangat tak percaya, kerana saya bersaing dengana artis yang cukup hebat, saya gembira kerana saya telah terpilih" - kata bekas ahli kumpulan FIFTH HARMONY itu. - REUTERS. Berikut adalah gambar sepanjang majlis itu berlangsung.

Hantu Kak Limah 2018. Adakah berbaloi untuk ditonton?

Baru baru ni aku baru je pergi tengok satu filem tempatan dekat sebuah panggung wayang. Jarang jugak aku nak layan filem tempatan ni. Bukannya nak cakap tak support ke apa. Cuma untuk genre yang dibawak oleh penerbit filem tempatan ni tak berapa nak ngam dengan citarasa aku ni. Okay, aku tahu ramai dah review pasal cerita ni. Jadi ini pandangan aku pulak la kan. Mengenai cerita yang memegang rekod filem pecah panggung dalam kategori filem tempatan ni. Bayangkan lah, sebanyak RM13.6 jutaberjaya dikutip sepanjang seminggu waktu tayangan. Wow! Memang power la kan. Bangga kejap. Okay bagi aku. Semua watak yang dipilih oleh Mamat Khalid ni memang menjadi dan memaikan peranan penting. Watak watak dia memang hidup beb. Aku kat sini tertarik dengan watak baru iaitu Ropi ni, memang kelakar gila. Tengok gaya dia tak start dialog lagi dah rasa macam nak gelak. Ropi memegang watak sebagai pembantu perubatan dalam cerita ni. Gaya dan watak yang dilakonkan oleh Ropi ini memang seharus...

Hikayat Bin Laden ditujukan pada siapa?

Baru baru ni tular mengenai lagu yang dinyanyikan oleh seorang artis rapper baru tanah air, ben laden. Hal ini jadi perbualan hangat di kalangan rakyat Malaysia, kerana lagu itu dipercayai di tulis oleh malique dan ditujukan kepada salah sorang penyanyi rap tanah air, Altimet. Pelbagai dakwan oleh pelbagai pihak yang membuat benerapa spekulasi ini. Wartawan jugak turut mengajukan soalan ini kepada Joe Flizzow, dan bertanyakan mengenai pandangan beliau tentang isu ini. Namun beliau hanya berpendapat itu adalah hak individu dan masing masing mempunyai pandangan yang berbeza. Ketika sesi temubual Altimet dan wartawan, altimet dia tidak ‘terasa’ dengan lagu yang dihasilkan dan dinyanyikan oleh rapper cilik itu. Malah, beliau menjadi lebih bangga kerana orang yang hebat buat lagu untuk beliau. Ikuti wawancara Altimet mengenai isu ini di video ini. Sumber :  https://youtu.be/BG8h651LoD0

Suara lelaki ini mengejutkan Ayda Jebat dan penonton.

I CAN SEE YOUR VOICE. Seperti yang kita tahu, program ini adalah program dari siaran tv malaysia (NTV7).. Program ini menampilkan beberapa artis jemputan antaranya adalah Cakra Khan (minggu 1) dan Ayda jebat (minggu 2).. Didalam program itu, artis jemputan dikehendaki meneka dan memilih diantara peserta siapa penyanyi yang sebenar. Di akhir ranacangan tersebut. Peserta yg terakhit dipilih akan di 'duet' kan bersama artis seperti ayda jebat. Namun. Di akhir rancangan, peserta tersebut telah mengejut kan semua org termasuk penonton dirumah dengan keunikan suara nya. Sama sama kita saksikan persembahan mereka di SINI .