- Semua yang mengunjungi blog saya ini harus faham, bahawa semua posting didalam ini adalah penulisan dan pendapat saya sendiri.
- Semua artikel yang ditulis adalah hasil rujukan saya dari pelbagai sumber yang dipercayai dan dari pemahaman saya.
- konsep penulisan saya adalah dibuat secara terbuka
- sesiapa yang mengambil artikel dari blog saya harus la kredit kan kepada saya, anda haruslah menjadi penulis yang bertanggungjawab.
- saya tidak bertanggungjawab diatas penyebaran maklumat palsu dan sebagainya.
Apa Itu Faraid? Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah: 1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll); 2. Barang kemas (emas, perak dll); 3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak); 4. Tanah, kebun, ladang dll; 5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
Comments