Tuesday, December 18, 2018

Bukan Salah Kerajaan, Salah tuhan you!...

Leave a Comment
Berita kematian allahyarham Muhammad Adib semalam, telah mula tular di laman sosial dengan semua portal media telah melaporkan berita kehilangan wira negara itu. Ramai yang telah meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati, dan berduka atas kematian Adib.

Namun, di sebalik itu seorang wanita telah meninggalkan komen berbaur ‘penghinaan’. Wanita bukan Islam itu, telah menulis,

Komen daripada wanita ini telah membangkitkan kemarahan ramai, dan disifatkan seperti tidak menghormati allahyarham Muhammad Adib. Lantaran itu, ramai yang telah mengecam tindakan wanita itu dan menyerang akaun Facebook wanita itu kerana mengeluarkan kenyataan biadab.

Setelah wanita yang dikenali sebagai Caryn Yen menulis komen tersebut, seorang pengguna laman Facebook telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Caryn Yen.

Lantaran daripada laporan polis yang dibuat, pihak majikan Caryn Yen telah mengeluarkan kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pihak mereka tidak bersetuju dengan tindakan staf mereka, dan telah mengambil tindakan menggantung tugas Caryn Yen.
Read More

"Kematian Adib diklasifikasikan sebagai Kes Bunuh!" - PDRM

Leave a Comment
KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh.



Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

“Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu.

“Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu.

Semalam, pihak IJN memaklumkan tahap kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur.

Pihak IJN mengambil keputusan memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam semalam untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

Bagaimanapun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, mengesahkan Muhammad Adib meninggal dunia dalam satu sidang media di IJN tadi.
Read More

Saturday, November 10, 2018

MITSUBISHI TRITON TAMPIL DENGAN WAJAH SERBA BARU!

Leave a Comment
Baru-baru ini Mitsubishi telah melancarkan model terbaru sebuah jentera pickup 4x4 keluaran syarikat tersebut di Thailand.

Model pickup Triton ini di tampilkan dengam wajah yang nampak ganas dan tegap. Sekali gus membuat kan pickup pada masa ini telah menjadi satu 'trend' baru di negara Malaysia. Pickup 4x4 ini bukan lagi hanya dikenali sebagai kenderaan untuk mengangkat barang berat.

Dengan reka bentuk baru Triton ini telah membuatkan kenderaan ini nampak mewah dan elegan.

Kami tidak dapat memastikan bila model ini akan di jual di pasaran dan memasuki Malaysia.

Apa pun reka bentuk Triton baru ini membuat ramai orang yang tak sabar dan teruja apabila melihatnya.





















Read More

Friday, November 9, 2018

Kemalangan melibatkan Lion Air berlaku lagi.

Leave a Comment

Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta terpaksa dibatalkan selepas ia terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas, malam tadi.

"Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu.


Ketika kejadian pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit.

Difahamkan, kesemua penumpang diarah kembali ke ruan menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.
Read More

Monday, November 5, 2018

Dari petak ke 23 ke petak 10.. Tahniah Hafiz Syahrin !

Leave a Comment


Nabil Fikri:
Selepas Dikecam Kerana Bermula Di P23 Hafizh Syahrin Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-10


Pelumba MotoGP negara Hafizh 'El Pescao' Syahrin mempamerkan tunggangan padu lagi mantap apabila menamat perlumbaan di perlumbaan GP Sepang di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-23 (P23).

El Pescao teruk juga dikecam oleh segelintir manusia bermulut longkang dan bertangan cagu kerana akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23 hari ini tetapi masih ramai yang menyokonng.

Dalam sesi ujian kelayakan masa, itulah kali pertama Hafizh beraksi dalam perlumbaan litar basah lencun sepenuhnya. Akibat kegagalan menukar tayar yang tepat bersesuaian dengan kehendak cuaca maka P23 jadi miliknya.

Jangan sampai aku cerita bab enjin, tetapan(setting) enjin motosikal Hafizh pulak. Kan nampak benar aku menipu

Beraksi di gelanggang sendiri ramai mengharapkan Hafizh akan mencipta kebangkitan dan keajaiban dan itulah berlaku di Litar Sepang dan tempat ke-10 menjadi habuan dengan tunggangan terbaik dari Hafizh.

Tak macam kau menunggang agama je keje!

El Pescao berjaya memecut untuk berada dikelompok 15 dari kedudukan ke-23 pada pusingan pertama dan meneruskan tunggangan konsisten untuk meraih 6 mata penting.

Bersujud syukur El pescao selepas menamatkan perlumbaan yang begitu cemerlang di tanah air sendiri. Tahniah Hafizh
Read More

Friday, November 2, 2018

[VIDEO] Serpihan dan Kotak hitam Lion Air telah dijumpai.

Leave a Comment


JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terheempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini.


Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras.

“Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi.

“Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto.

Penampakan Sebahagian Badan Pesawat Lion Air JT610 yang Ditemukan di Dasar Laut

Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter.

Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta.

Dari rakaman video tersebut, terlihat puing dan bongkahan besar pesawat dari yang berukuran kecil hingga besar.

Selain itu, ada pula kad pengenalan maangsa dan kelihatan seperti bahagian ekor pesawat. Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan itu ditemukan sekitar pukul 5 petang.



Badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan pada penyelaman keenam.
Badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan pada jarak 40 kilometer dari lokasi berangkat pasukan penyelam di Marunda.

Lokasi badan pesawat Lion Air JT 610 yang ditemukan itu sesuai area yang sudah ditetapkan Basarnas, yakni dalam radius sekita 15 mil laut.




Read More

Thursday, November 1, 2018

Dato' Aliff menyesal selamatkan Zamani..

Leave a Comment


Pada konsert minggu ke 5 dalam rancangan realiti gegar Vaganza 5 semalam nampaknya bekas vokalis Slam, Zamani gagal memberikan persembahan ekoran daripada masalah peti suaranya yang koyak.



Berikutan itu, ramai yang yakin dan pasti bahawa Zamani akan disingkirkan pada malam itu. Sememangnya benar, keputusan juri juga membuat keptusan untuk menyingkirkan Zamani.

Namun pada masa itu muncul Dato Aliff Syukri yang juga penaja Gegar Vaganza 5 menyelamatkan Zamani dengan menggunakan kuasa immuniti yang ada padanya.

Ironinya selepas konsert berlangsung, Dato Aliff seolah olah menyesal dengan tindakannya itu yang menggunakan immuniti terhadap Zamani.



Read More

Wednesday, October 31, 2018

Zulin Aziz bersanding keseorangan tanpa 'suami'

Leave a Comment
Wanita mana yang tak mengimpikan perkahwinan? Namun perkara ni menjadi mimpi ngeri buat para gadis, apabila perancangan mendirikan rumah tangga itu hancur berkecai di tengah jalan.


Seperti yang ramai tahu, pengacara dan pelakon Zulin Aziz baru-baru ni putus cinta dan membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya. Macam manapun, perkara ni tak menghalang Zulin untuk ‘bersanding’ meskipun tanpa ‘suami’ di sisi.

“Bahagia tak khianat aku? Tapi aku lagi bahagia pakai baju kahwin tanpa jadi isteri kepada lelaki yang salah” 



Zulin meluahkan rasa sedih bercampur syukurnya atas sebuah ‘majlis perkahwinan’ yang diadakan hari ni. Bersama posting tu, Zulin memuat naik video persiapan majlis persandingannya yang nampak ‘grand’ dan cantik.

“Kakak tau mama nak sangat tengok akak kawin. Kakak dah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada” 


Lebih menyedihkan apabila Zulin juga berkongsi luahan ibunya yang sedih melihat persiapan majlis tersebut.

Pun begitu, sebagai anak yang baik Zulin memohon supaya ibunya mendoakan dia bertemu dengan lelaki yang baik dan tidak mahu lagi lelaki seperti ‘itu’ jadi punca ibunya terus bersedih. Alahaii touchingnya bila sentuh soal ibu ni…

Rupanya nak buat muzik video lagu kenangan perkahwinan dirancang musnah…

Menurut mStar, so called majlis persandingan yang diadakan hari ini ialah untuk dirakamkan dalam sebuah muzik video untuk abadikan kenangan buat dirinya gara-gara perkahwinan dirancang musnah.

“Gembira tengok baju cantik, semua sudah siap depan mata, sedih itu masih ada tapi rasa bersyukur itu lebih banyak. Ada hikmah,” katanya.



Walau bagaimanapun, Zulin tak benarkan mana-mana ahli keluarganya datang di lokasi penggambaran untuk elak mereka sedih. Menerusi tweet pelakon tersebut, hanya sahabatnya saja dilihat datang ke ‘majlis’ itu.

Video muzik istimewa ni bakal keluar tak lama lagi dengan ia hanya dilancarkan di Youtube saja sebagai kenang-kenangan.
Read More