Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.
“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan filter yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau aircond kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh Tuan Mohd Farhan Alias ini. CARA CUCI FILTER AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci filter aircond Proton Saga. Berbanding Myvi, filter Saga lagi senang untuk dicuci. Filter aircond ada di belakang glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka Glove Box Compartment Ini dia glove box compartment. Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti Filte...