Skip to main content

Posts

MITSUBISHI TRITON TAMPIL DENGAN WAJAH SERBA BARU!

Baru-baru ini Mitsubishi telah melancarkan model terbaru sebuah jentera pickup 4x4 keluaran syarikat tersebut di Thailand. Model pickup Triton ini di tampilkan dengam wajah yang nampak ganas dan tegap. Sekali gus membuat kan pickup pada masa ini telah menjadi satu 'trend' baru di negara Malaysia. Pickup 4x4 ini bukan lagi hanya dikenali sebagai kenderaan untuk mengangkat barang berat. Dengan reka bentuk baru Triton ini telah membuatkan kenderaan ini nampak mewah dan elegan. Kami tidak dapat memastikan bila model ini akan di jual di pasaran dan memasuki Malaysia. Apa pun reka bentuk Triton baru ini membuat ramai orang yang tak sabar dan teruja apabila melihatnya.

Kemalangan melibatkan Lion Air berlaku lagi.

Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta terpaksa dibatalkan selepas ia terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas, malam tadi. "Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu. Ketika kejadian pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit. Difahamkan, kesemua penumpang diarah kembali ke ruan menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.

Dari petak ke 23 ke petak 10.. Tahniah Hafiz Syahrin !

Nabil Fikri: Selepas Dikecam Kerana Bermula Di P23 Hafizh Syahrin Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-10 Pelumba MotoGP negara Hafizh 'El Pescao' Syahrin mempamerkan tunggangan padu lagi mantap apabila menamat perlumbaan di perlumbaan GP Sepang di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-23 (P23). El Pescao teruk juga dikecam oleh segelintir manusia bermulut longkang dan bertangan cagu kerana akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23 hari ini tetapi masih ramai yang menyokonng. Dalam sesi ujian kelayakan masa, itulah kali pertama Hafizh beraksi dalam perlumbaan litar basah lencun sepenuhnya. Akibat kegagalan menukar tayar yang tepat bersesuaian dengan kehendak cuaca maka P23 jadi miliknya. Jangan sampai aku cerita bab enjin, tetapan(setting) enjin motosikal Hafizh pulak. Kan nampak benar aku menipu Beraksi di gelanggang sendiri ramai mengharapkan Hafizh akan mencipta kebangkitan dan keajaiban dan itulah berlaku di Litar Sepang dan tempat ke-10 menjadi habuan den...

[VIDEO] Serpihan dan Kotak hitam Lion Air telah dijumpai.

JAKARTA: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia mempunyai petunjuk kuat bahawa bunyi dalam air yang mereka dengar adalah daripada kotak hitam pesawat penumpang Lion Air yang terheempas bersama 189 orang, minggu ini, kata ketua tentera negara itu, hari ini. Ketua tentera, Hadi Tjahjanto memaklumkan kepada pemberita bahawa penyelam sudah memeriksa lokasi terbabit, namun mereka berdepan kesukaran dengan arus deras. “Kami berharap untuk melabuhkan sauh, malam ini dan menghantar jentera dalam air tanpa pemandu (ROV) sekali lagi. “Saya pasti kita akan menemui kotak hitam dengan petunjuk kukuh ini. Bahagian utama pesawat tidak jauh dari sini,” kata Tjahjanto. Penampakan Sebahagian Badan Pesawat Lion Air JT610 yang Ditemukan di Dasar Laut Sebahagian badan pesawat Lion Air JT 610 yang jatuh di perairan Karawang ditemukan pada kedalaman 32,5 meter. Penemuan puing badan pesawat ini disiarkan langsung di salah sebuah syarikat penyiaran swasta. Dari rakaman vi...

Dato' Aliff menyesal selamatkan Zamani..

Pada konsert minggu ke 5 dalam rancangan realiti gegar Vaganza 5 semalam nampaknya bekas vokalis Slam, Zamani gagal memberikan persembahan ekoran daripada masalah peti suaranya yang koyak. Berikutan itu, ramai yang yakin dan pasti bahawa Zamani akan disingkirkan pada malam itu. Sememangnya benar, keputusan juri juga membuat keptusan untuk menyingkirkan Zamani. Namun pada masa itu muncul Dato Aliff Syukri yang juga penaja Gegar Vaganza 5 menyelamatkan Zamani dengan menggunakan kuasa immuniti yang ada padanya. Ironinya selepas konsert berlangsung, Dato Aliff seolah olah menyesal dengan tindakannya itu yang menggunakan immuniti terhadap Zamani.

Zulin Aziz bersanding keseorangan tanpa 'suami'

Wanita mana yang tak mengimpikan perkahwinan? Namun perkara ni menjadi mimpi ngeri buat para gadis, apabila perancangan mendirikan rumah tangga itu hancur berkecai di tengah jalan. Seperti yang ramai tahu, pengacara dan pelakon Zulin Aziz baru-baru ni putus cinta dan membatalkan hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hatinya. Macam manapun, perkara ni tak menghalang Zulin untuk ‘bersanding’ meskipun tanpa ‘suami’ di sisi. “Bahagia tak khianat aku? Tapi aku lagi bahagia pakai baju kahwin tanpa jadi isteri kepada lelaki yang salah”  Zulin meluahkan rasa sedih bercampur syukurnya atas sebuah ‘majlis perkahwinan’ yang diadakan hari ni. Bersama posting tu, Zulin memuat naik video persiapan majlis persandingannya yang nampak ‘grand’ dan cantik. “Kakak tau mama nak sangat tengok akak kawin. Kakak dah buat yang terbaik cuma jodoh tak ada”  Lebih menyedihkan apabila Zulin juga berkongsi luahan ibunya yang sedih melihat persiapan majlis tersebut. Pun begitu, sebagai...

Peramugari Air Asia menarik perhatian netizen

Baru-baru ini, jadi viral di laman Facebook dua keping gambar seorang pramugari Airasia yang sedang bertugas di dalam kabin pesawat. Perkongsian yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna laman itu telah berjaya mendapat perhatian  ramai pengguna laman itu yang rata-rata mereka berasa kagum dengan kejelitaan wajah pramugari itu. George Wong yang telah memuat naik gambar tersebut dengan kapsen yang memuji perkhidmatan Airasia kerana selain tambangnya yang murah, syarikat penerbangan tersebut turut menyediakan pemandangan yang indah di dalam pesawatnya. Berikutan viralnya gambar tersebut sehingga berjaya meraih lebih dariapda 3,000 perkongsian di Facebook, ramai netizen yang mula tertanya-tanya, siapakah gerangan sebenar individu di dalam gambar tersebut. Dikenali sebagai Mabel Goo, pramugari yang baru berusia 22 tahun itu merupakan rakyat Malaysia. Bekas penuntut UCSI ini tidak faham bagaimana dirinya boleh menjadi viral sehingga menyebabkan individu yang menyeba...