Skip to main content

Dulu sering dibuli, sekarang menjadi model tersohor.



HONG KONG: Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul.

Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk. Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang. “Saya sudah menghidap kencing manis ketika berusia 12 tahun.

Apabila membuat senaman ringan, saya pasti pengsan, “Bukan itu saja, saya jadi murung kerana sering keletihan, “Hidup saya sengsara dan melalui kemurungan teruk. Sering dibuli, diejek dan menjadi bahan kutukan orang sekeliling,” katanya.
Menurut South China Morning Post, jurulatih peribadi itu kini memiliki tubuh sasa dengan lapan hingga 10 ‘pack’.

Ketika di sekolah menengah, Skinner bertekad mengamalkan gaya hidup sihat selepas menghidap darah tinggi.

“Saya berjaya menurunkan berat badan dalam tempoh lapan bulan dengan mengamalkan disiplin diri, terutama diet.

“Namun saya ada juga hari yang saya makan apa saja, termasuk burger dan piza,” katanya.

Skinner turut berkongsi beberapa petua mengurangkan berat badan dengan berkesan iaitu banyak makan sayuran, ikan serta mengurangkan pengambilan gula.

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Faraid.. Jum faham..

Apa Itu Faraid? Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);  2. Barang kemas (emas, perak dll);  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);  4. Tanah, kebun, ladang dll;  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Facebook, Twitter dismantle disinformation campaigns tied to Iran and Russia

(REUTERS) - Facebook Inc, Twitter Inc and Alphabet Inc collectively removed hundreds of accounts tied to an alleged Iranian propaganda operation on Tuesday, while Facebook took down a second campaign it said was linked to Russia. Facebook Chief Executive Mark Zuckerberg said the accounts identified on his company's platform were part of two separate campaigns, the first from Iran with some ties to state-owned media, the second linked to sources that Washington has previously named as Russian military intelligence services. "Such claims are ridiculous and are part and parcel of U.S. public calls for regime change in Iran, and are an abuse of social media platforms," said Alireza Miryousefi, spokesman for the Iranian mission to the United Nations. The Kremlin rejected Facebook's accusations. Spokesman Dmitry Peskov told reporters that Moscow did not understand the basis for such statements and that they looked like "carbon copies" of previous allegat...

Ini Cara Setting WhatsApp Anda Kepada Versi Dark Mode

Selepas beberapa aplikasi mengalami perubahan, WhatsApp kini telah menampilkan dark mode dalam aplikasinya bermula hari ini. Dengan fungsi dark mode, skrin paparan anda akan menjadi gelap dan ia memudahkan pengguna untuk melihat skrin tanpa memberikan gangguan kepada mata dan orang sekeliling. Update terkini WhatsApp dengan fungsi Dark Mode kini telah tiba di Malaysia untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android. Untuk pengguna Android 10 dan iOS13, fungsi dark mode ini akan berfungsi secara automatik jika anda mengaktifkan dark mode dalam sistem setting telefon anda. Manakala untuk pengguna Android 9 dan kebawah, anda boleh mengaktifkan fungsi dark mode dengan pergi ke WhatsApp Settings > Chats > Theme kemudian pilih “Dark”. Pengguna juga perlu mengemaskini update WhatsApp pada Apple Apps Store atau Google Play Store sebelum menukar fungsi dark mode ini.