London - Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru sahaja memulakan sepak mula pada minggu lalu. Seperti yang dijangka, kebanykan pasukan bola sepak ternama memulakan musim ini dengan kemenangan dan beberapa jaringan gol yang menarik.
Lain pula cerita dengan pasukan yang turut dikatakan pasukan yang mampu memberi saingan untuk musim ini, Arsenal.
Arsenal terpaksa menghadapi lawan hebat ketika memulakan pembukaan liga musim ini. Di minggu pertama, Arsenal menghadapi lawan yang cukup hebat dan terpaksa menelan kekalahan dengan pasukan Manchester City.
Di minggu ini pula, Arsenal skali lagi berhadapan pasukan yg tidak kurang hebatnya, Chelsea. Persaingan pada awal perlawanan nampak seimbang. Tetapi Chelsea memulakan jaringan goal terlebih dahulu dengan gol 2-0.
Namun Arsenal nampak tidak mudah menyerah dengan menyamakan kedudukan 2-2 sehingga minit ke 80.
Tapi badi kekalahan Arsenal masih lagi berterusan apabila pemain Chelsea skali lagi menjaring kan gol kemenangan dan keputusan di akhiri dengan 3-2..
Pemain yang baru sahaja berhijrah ke Arsenal salah satu nya adalah Aubameyang masih lagi gagal untuk mempamerkan aksi yang baik untuk pasukan.
Adakah Arsenal akan menemui kemenangan untuk perlawanan seterusnya?
Nyatakan pendapat anda di ruangan komen.
Comments