Kebanyakan ibu bapa selalu berwaspada tiap kali ingin membuat pembayaran di kaunter pasaraya. Terutatama sekali ibu bapa yang bawa anak anak kecil mereka bersama ketika ingin membeli belah. Pantang nak nampak benda ni sahaja, mahu ada yang berpeluh. Nak tukar kaunter, tengok sebelah beratur panjang la pula.
Tak lain dan tak bukan, satu makanan kanak kanak yang mempunyai hadiah misteri di dalam bungkasan itu, Kinder Joy. Mana tak nya, sekarang ni pulak dah datang dengan packaging yang lebih besar. Adehh, mengeluh dan perasaan tak tenteram bila nampak makanan tersebut terpampang indah di hadapan kaunter pembayaran. Ada yang anak dari jauh lagi dapat detect kehadiran makanan ini. Disebabkan harganya yang mungkin agak mahal, membuatkan lagi ibu bapa makin rungsing jika membawa anak mereka ke pasaraya.
Tetapi bukan perkara Kinder Joy ni yang saya nak bahaskan. Ada pulak satu mainan baru atau mungkin dah lama ada dekat pasaran, iaitu mainan yang dianggil telur. Mainan ni merupakan mainan yang ‘suprise, dimana kita tidak tahu apa karakter patung atau robot yang ada dalam telur tu.
Peniaga pun pandai, bagi telur yang bleh nampak karekternya didalam, harga menjadi sedikit berbeza. Malah ada yang sampai mencecah RM10 sebijik. Alahai kopak lagi la mak ayah yang nak shopping tu.
Saya pernah tengok dengan mata sendiri, ada yang ibu bapa dah dapat detect ‘telur’ ni dari radar mereka. Terus tak lalu dah kedai abang yang jual mainan tu. Rasa kelakar pun ada jugak. Pelbagai ragam orang kita ni ya. Ada jugak yang parentnya sporting, layan je kerenah anak yang dah jadi hobi mengumpul ni. Kadang mak mak pun suka benda ni.
Apa pun semuanya terpulang kepada individu itu sendiri.
Nyatakan pendapat anda di ruangan komen dan jangan lupa SHARE ya!
Comments