Skip to main content

Tempat borong di Thailand.


Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah.

Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana.

Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggaran harga hotel di tempat yang saya duduk tu dalam lingkungan 650 bath satu malam. Jadi memang berbaloi.

Pratunam Wholesale market, tempat ini bagi saya agak mahal sedikit dari tempat lain yang ada di Bangkok ini. Mungkin disebabkan oleh tumpuan pelancong yang ramai. Harga sudah siap ditulis dengan setiap kuantiti yang korang nak beli. Makin banyak makin murah la kan. Ini adalah gambaran yang saya sempat ambil keadaan di Pratunam Market.





Bagi penggemar reka bentuk grafik baju yang menarik, atau barangan yang rare dan hispter. Chantucak market adalah pilihan yang bagus, kerana pasar nya yang cukup besar dan banyak pilihan boleh dibuat. Cuma pandai pandai la bandingkan harga korang ya. Agak penat kalau nak 'tour' satu pasar chantucak ni. Sebab pasar ni memang mempunyai keluasan kawasan yang sangat besar. So kalau rasa gagah lagi nak berjalan. Masuk la setiap lorong kedai yang ada dekat situ.



Dari segi makanan halal pula, agak sukar bagi aku nak cari dekat Bangkok ni. Maksud aku masakan Thai yang biasa kita makan di Malaysia selalu. Yang halal pun di kawasan Pratunam ni kebanyakan nya kedai india atau spice. Korang boleh juga cari makanan halal di 7 eleven. Kebanyakan makanan halal dekat 7 eleven ni dah siap packaging dan ada logo halal. Nanti masa nak bayar korang boleh minta 'cashier' untuk panaskan masakan tu.

Masa saya ke sini, matawang ringgit kita agak jatuh dan boleh dikatakan untuk pemborong atau peruncit dari Malaysia, barangan untuk dibeli dengan harga borong boleh dikatakan agak mahal atau sama sahaja seperti harga di Malaysia.

Jadi jadilah orang yang bijak dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Bangkok adalah tempat yang menarik untuk membeli belah, tetapi bagi saya untuk pemborong bukanlah pilihan yang begitu baik.

Terpulang pada tujuan anda, tepuk dada tanya selera.

China Town,



Bobae Market,




Comments

Popular posts from this blog

Ini Cara Setting WhatsApp Anda Kepada Versi Dark Mode

Selepas beberapa aplikasi mengalami perubahan, WhatsApp kini telah menampilkan dark mode dalam aplikasinya bermula hari ini. Dengan fungsi dark mode, skrin paparan anda akan menjadi gelap dan ia memudahkan pengguna untuk melihat skrin tanpa memberikan gangguan kepada mata dan orang sekeliling. Update terkini WhatsApp dengan fungsi Dark Mode kini telah tiba di Malaysia untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android. Untuk pengguna Android 10 dan iOS13, fungsi dark mode ini akan berfungsi secara automatik jika anda mengaktifkan dark mode dalam sistem setting telefon anda. Manakala untuk pengguna Android 9 dan kebawah, anda boleh mengaktifkan fungsi dark mode dengan pergi ke WhatsApp Settings > Chats > Theme kemudian pilih “Dark”. Pengguna juga perlu mengemaskini update WhatsApp pada Apple Apps Store atau Google Play Store sebelum menukar fungsi dark mode ini.

Lamborgini kemalangan di lebuhraya PLUS

klik  disini  untukgambar lagi