Skip to main content

5 cara berkesan hilangkan jerawat dan membersihkan muka dari jerawat .. Paling Mujarab!!


Masalah jerawat memang tak dapat nak dielakkan untuk semua orang kat muka bumi ni. Sape yang tak pernah ada jerawa sejak kecil sampai besar kira beruntunglah ya! 

Saya pun pernah alami dan faham akan situasi muka berjerawat ni. Tambah-tambah untuk anak muda yang baru nak baligh tu. Perkara itu dah dianggap normal. Tapi AWAS ! Jika tidak dirawat dengan segera atau dibendung. Jerawat di muka anda mungkin menjadi bertambah kronik. Dan mungkin boleh meninggalkan kesan yang kekal pada muka kita. Amat mengerikan bukan?

Namun tidak dinafikan, ada juga orang yang mengalami masalah Allergi atau sindrom resdung yang menyebabkan jerawatnya akan tumbuh dengan cepat kalau tersalah makan atau penyakit itu tiba-tiba datang.

Disini saya nak share kan sikit tentang cara berkesan menghilangkan jerawat. Hanya ikuti 5 langkah ini. Yang pasti cara ini tidak memerlukan bahan kimia untuk menghilangkan jerawat.

Cara-caranya adalah :

1. Menggunakan bawang putih

Mengapa kita gunakan bawang putih untuk hilangkan jerawat?

Kerana bawang putih mengandung anti bakteri thiacremonon sulfur yang boleh mengubati jerawat serta menghilangkan parut di muka anda.

1. Sediakan bawang putih yang bersih
2. Kisar bawang putih tersebut
3. Kemudian sapukan pada jerawat
4. Biarkan ia kering sekitar 2 minit
5. Bilas hingga bersih dengan air bersih yang suam
6. Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih

2. Menggunakan buah betik

Haa jangan terkejut jika buah betik pun antara bahan yang boleh menghilangkan jerawat. Betik kaya dengan Vitamin A yang bertindak sebagai antioksidan.

1. Blend betik
2. Sapu dengan hampasnya sekali ke muka.
3. Biarkan selama 20 minit
4. Cuci dengan air suam dan keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih.

3. Menggunakan Madu

Jangan terkejut! Madu memang boleh dijadikan antara bahan natural yang menghilangkan jerawat.

Kerana bahan natural dan organik madu ini sudah sangat terkenal dengan segala manfaatnya, baik untuk kesihatan mahupun untuk kulit.

Dengan kandungan antibiotic yang tinggi, maka madu boleh menjadi pencegah infeksi yang dapat membuat peradang pada jerawat.

1. Sediakan madu asli
2. Kemudian sapukan secara merata pada jerawat
3. Biarkan hingga kering
4. Bilas dan bersihkan dengan air suam
5. Keringkan dengan microfiber towel yang bersih

4. Menggunakan Timun

Rawatan wajah menggunakan timun ini akan berkesan untuk mengubati jerawat yang naik pada wajah.

Bagaimana timun dapat menghilangkan jerawat anda?

1. Hiris timun (jangan terlalu nipis)
2. Tempek timun tersebut pada wajah anda
3. Biarkan selama 20-30 minit
4. Kemudian, tanggalkan timun dan bilas wajah dengan air suam hingga bersih
5. Keringkan menggunakan microfiber towel yang bersih.

5. Oat

Ya betul! Jangan ingat oat hanya untuk dimakan sahaja ya.

Oat mengandungi 18 jenis asam amino yang dapat membantu penyembuhan kulit, mengembalikan kekuatan kulit dan membantu terjaganya lapisan pelindung kulit.

Selain itu, oat juga mengandungi antioksidan yang membuat kulit lebih kuat dalam melawan radikal bebas.

Oat digunakan sebagai masker wajah yang mampu mengatasi iritasi dan peradangan.

1. Sediakan oat (sebaiknya organik oat)
2. Blend oat tersebut dengan sedikit air (susu kambing)
3. Tempek di muka selama 15 minit
4. Bersihkan dengan air suam
5. Keringkan dengan microfiber towel yang bersih


Baiklah, itu sahaja tips cara berkesan hilangkan jerawat atau cara membersihkan muka dari jerawat yang saya dapat kongsikan dengan anda.

Jika anda ada cara lain yang lebih menarik dan mujarab. Kongsikan di ruangan komen ya. Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)

maafkan saya emak :'(

"..emak.. maafkan saya untuk hari ini,esok dan seterusnye.." ini luahan hati saya, untuk emak, maafkan saya jika : <3 hari ini abg sakitkan hati emak. <3 saya telefon emak untuk beritahu perasaan saya yg pincang,tapi mak     kate,saya ade maksud bile kol emak..   :(    (tidak mak,mak dah salah sngke..) <3 abg bercakp kasar dgn emak. <3 abg penah melukakan aty emak. <3  abg tak dpt tunaikan permintaan emak. "5 perkara itu saje yang abg mampu ungkap kan..sebenarnye...abg selalu pikirkan emak bile abg kesusahan atau senang..tapi tak siapa yang thu, abg simpan saje perasaan itu.. supaya abg bleyh menikmatinye sendiri..perasaan ini bg abg,hanye abg saje yang perlu rasai nye.. sukar untuk dikongsikan dgn org len..kerana kasih sayang mu amat ku sanjung dan berbeza bg ku..abg cube luahkan pada emak ape yang abg rase..hurm,tapi entah lah..mgkin tuhan masih belum beri kesempatan lagi untuk meluahkan pada mu ibu :'(    ...

Facebook, Twitter dismantle disinformation campaigns tied to Iran and Russia

(REUTERS) - Facebook Inc, Twitter Inc and Alphabet Inc collectively removed hundreds of accounts tied to an alleged Iranian propaganda operation on Tuesday, while Facebook took down a second campaign it said was linked to Russia. Facebook Chief Executive Mark Zuckerberg said the accounts identified on his company's platform were part of two separate campaigns, the first from Iran with some ties to state-owned media, the second linked to sources that Washington has previously named as Russian military intelligence services. "Such claims are ridiculous and are part and parcel of U.S. public calls for regime change in Iran, and are an abuse of social media platforms," said Alireza Miryousefi, spokesman for the Iranian mission to the United Nations. The Kremlin rejected Facebook's accusations. Spokesman Dmitry Peskov told reporters that Moscow did not understand the basis for such statements and that they looked like "carbon copies" of previous allegat...