Skip to main content

"Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga." - Dr Mazlee

JERLUN: Pihak pembangkang diingatkan jangan politikkan soal pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan manifesto Pakatan Harapan (PH).

Tegas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, kenyataan yang sebenarnya telah dimanipulasi dan diputar belit sedangkan maksud kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini adalah bagi menyeru supaya memupuk budaya amanah dalam kalangan masyarakat, terutamanya generasi muda.

Katanya, beliau menyokong penuh apa yang diperkatakan Dr Mahathir dimana peminjam harus bersikap amanah dalam melangsaikan hutang masing-masing.
"Manifesto satu perkara, tetapi apa yang diperkatakan ialah tentang sikap amanah. Ini yang ditekankan Tun Dr Mahathir, amanah untuk melangsaikan hutang apabila kita meminjam.

"Pembangkang semua benda nak politikkan. Politik letak tepi. Kita bicara tentang akhlak moral. Kita pinjam duit, kita bayar. Kalau boleh bayar RM50 sebulan, kita bayar lah RM50.

"Dalam ajaran Islam pun, kalau kita mati syahid tapi hutang tak dibayar, tak janji kita boleh masuk syurga," katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan Siputeh di Padang Sera Kodiang, Jerlun Kedah hari ini.

Baru-baru ini, Dr Mahathir berkata, sikap tidak amanah peminjam menjadi punca jumlah tunggakan hutang bayaran balik PTPTN menjangkau sehingga RM36 bilion.

Katanya, kebanyakan daripada peminjam mempunyai pekerjaan dan memperoleh pendapatan sendiri namun masih belum mahu membayar hutang PTPTN

-Astro Awani


Comments

Popular posts from this blog

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)

maafkan saya emak :'(

"..emak.. maafkan saya untuk hari ini,esok dan seterusnye.." ini luahan hati saya, untuk emak, maafkan saya jika : <3 hari ini abg sakitkan hati emak. <3 saya telefon emak untuk beritahu perasaan saya yg pincang,tapi mak     kate,saya ade maksud bile kol emak..   :(    (tidak mak,mak dah salah sngke..) <3 abg bercakp kasar dgn emak. <3 abg penah melukakan aty emak. <3  abg tak dpt tunaikan permintaan emak. "5 perkara itu saje yang abg mampu ungkap kan..sebenarnye...abg selalu pikirkan emak bile abg kesusahan atau senang..tapi tak siapa yang thu, abg simpan saje perasaan itu.. supaya abg bleyh menikmatinye sendiri..perasaan ini bg abg,hanye abg saje yang perlu rasai nye.. sukar untuk dikongsikan dgn org len..kerana kasih sayang mu amat ku sanjung dan berbeza bg ku..abg cube luahkan pada emak ape yang abg rase..hurm,tapi entah lah..mgkin tuhan masih belum beri kesempatan lagi untuk meluahkan pada mu ibu :'(    ...

Facebook, Twitter dismantle disinformation campaigns tied to Iran and Russia

(REUTERS) - Facebook Inc, Twitter Inc and Alphabet Inc collectively removed hundreds of accounts tied to an alleged Iranian propaganda operation on Tuesday, while Facebook took down a second campaign it said was linked to Russia. Facebook Chief Executive Mark Zuckerberg said the accounts identified on his company's platform were part of two separate campaigns, the first from Iran with some ties to state-owned media, the second linked to sources that Washington has previously named as Russian military intelligence services. "Such claims are ridiculous and are part and parcel of U.S. public calls for regime change in Iran, and are an abuse of social media platforms," said Alireza Miryousefi, spokesman for the Iranian mission to the United Nations. The Kremlin rejected Facebook's accusations. Spokesman Dmitry Peskov told reporters that Moscow did not understand the basis for such statements and that they looked like "carbon copies" of previous allegat...