Skip to main content

Dari pengusaha Traktor pertanian ke pengusaha Kereta Mewah! Sejarah pemilik syarikat Lamborghini.

Lamborghini selalu dicirikan dengan sebuah kenderaan yang berkuasa tinggi dan menjadi salah satu kereta kemegahan untuk orang kaya. Namun sibalik kemegahan Lamborghini ini, ada kisah yang menarik mengenai pemilik syarikat kenderaan tersohor yang berasal dari itali ini.

Ya, awalnya, pengeluar Lamborghini Aventador ini didirikan oleh seorang lelaki yang ketika itu adalah perusaha syarikat traktor, Ferruccio Lamborghini. Traktor pertanian ini diberi nama Lamborghini Trattori yang dihasilkan dari bekas bahan yang dibuat untuk menghasilkan kenderaan perang pasca Perang Dunia II.


Selepas Perang Dunia II, Lamborghini yang telah tersohor sebagai mekanik handal di Angkatan Udara Italia membuat perniagaan traktor yang bahannya berasakan dari serpihan peralatan tentera. Tak disangka, peniagaannya pun kian pesat dan dia meluaskan produksi ke sektor infrastruktur, khususnya untuk peralatan pemanas dan penghawa dingin.

Ferruccio Lamborghini pun berubah menjadi kaya raya dan akhirnya meminati hobi mahal dengan membeli sebuah Ferrari 250 GT. Namun, kereta tersebut telah menimbulkan kekecewaan. Ini kerana, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan transmisi dan clutch kereta Ferrari. Lalu dia pun bertemu dengan Enzo Ferrari untuk memberikan beberapa cadangan.

Tidak seperti yang diharapkannya Enzo Ferrari tidak mahu menerima teguran dan cadangan yang dibuat oleh Ferrucio Lamborghini. "Masalahnya bukan pada keretanya, tapi pada pemandunya!" kata Ferrari.

Yang parahnya lagi, Ferrari pun melontarkan kata-kata pedas dengan menyuruh Lamborghini untuk jaga dan menguruskan traktornya sahaja. Merasa seperti dihina, Lamborghini pun bersumpah untuk menciptakan sebuah kendaraan yang bakal mematahkan kemegahan Ferrari.

Setelah itu, Lamborghini pun mula serius untuk menghasilkan kereta. Dia pun menggunakan sebuah kota kecil, San'Agta sebagai kilang untuk membuat kereta keretanya. Semasa perancangan awalnya, bekas jurutera  Ferrari, Giotto Bizzarini, Franco Scaglione, dan Gian Paolo Dallara dipanggil oleh Lamborghini untuk bergabung.

Antara tugas yang diberikan kepada tiga orang bekas jurutera Ferrari itu adalah : membuat GT mewah dan kuat yang mampu mencapai kelajuan 241 km/jam. Akhirnya, kereta yang dihasilkan oleh mereka diberi nama yang sama dengan nama pesaingnya, Lamborghini 350GT. Dan mereka melakukan debut kali pertama pada tahun 1964 di Geneva Auto Show.


Hingga kini, Lamborghini dan Ferrari terus bersaing untuk menciptakan kereta yang menjanjikan prestasi terbaik. Dengan dikenali sebagai kereta mewah yang exotic. Kedua-dua jenama ini mempunyai peminat mereka sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)

maafkan saya emak :'(

"..emak.. maafkan saya untuk hari ini,esok dan seterusnye.." ini luahan hati saya, untuk emak, maafkan saya jika : <3 hari ini abg sakitkan hati emak. <3 saya telefon emak untuk beritahu perasaan saya yg pincang,tapi mak     kate,saya ade maksud bile kol emak..   :(    (tidak mak,mak dah salah sngke..) <3 abg bercakp kasar dgn emak. <3 abg penah melukakan aty emak. <3  abg tak dpt tunaikan permintaan emak. "5 perkara itu saje yang abg mampu ungkap kan..sebenarnye...abg selalu pikirkan emak bile abg kesusahan atau senang..tapi tak siapa yang thu, abg simpan saje perasaan itu.. supaya abg bleyh menikmatinye sendiri..perasaan ini bg abg,hanye abg saje yang perlu rasai nye.. sukar untuk dikongsikan dgn org len..kerana kasih sayang mu amat ku sanjung dan berbeza bg ku..abg cube luahkan pada emak ape yang abg rase..hurm,tapi entah lah..mgkin tuhan masih belum beri kesempatan lagi untuk meluahkan pada mu ibu :'(    ...

zaman sekolah

hey2 semua... jum pegi sekolah ?? nak tak ... haha... zaman sekolah saia dah lepas... aiya... kadang2 saya terpikir rugi nye tak belajar sungguh2... hehehe... mesti byk kenangn  waktu sekolah kan?? sukar kita nak lupekan kisah sekolah kite dulu... kene marah nan cikgu, berdiri atas kerusi.... heee.. Lawak king betol :) kan2?? so, sape ade citer best waktu sekolah dy ??? ini gambar zaman saia sekolah...:)