Akhirnya waktu yang ditunggu-tunggu buat peminat Cristiano Ronaldo (CR7) telah tiba. CR7 berjaya menamatkan kemarau gol sejak dia menyertai Liga Sirie-A di Itali. Banyak spekulasi yang dibuat oleh peminat sukan bolasepak ini dengan melihat Ronaldo seperti sukar untuk mendapatkan rentak sejak perlwanan pertamanya bersama Juventus.
Semalam, ketika pasukan Juventus menentang Sassuolo, Ronaldo berjaya meledakkan 2 gol di minit 50' dan 65'. Dengan corak permainan yang agak meyakinkan oleh Juventus, mereka menang 2-1 sepanjang 90 minit masa perlawanan berlangsung.
Dia hampir menjaringkan gol ke-3 dalam beberapa peluang yang cantik. Namun, gagal disudahkan oleh Ronaldo. Kesilapan yang dilakukannya itu menggagalkan Ronaldo untuk mendapatkan jaringan hatrick.
Sebelum permainan bermula, jurulatih Juventus Allergi tidak meletakkan harapan yang tinggi kepada Ronaldo. Kerana dia percaya Ronaldo masih perlu menyesuaikan diri.
"Cristiano Ronaldo berlatih dengan baik. Saya pikir, dia akan mencetak gol pada pertandingan nanti. Saya tidak mengharapkan apa-apa kepadanya dalam tiga perlawanan awal. Namun, saya yakin dia akan kembali tajam," kata Allegri sebelum pertandingan.
Dengan jaringan 2 gol Cristiano Ronaldo pada perlawanan ini. Dia sekali gus menutup mulut para pengkritik bolasepak yang tidak yakin dia boleh beraksi dengan baik di Liga Itali. Dan ada juga pihak menganggap bahawa karier Rondaldo didalam bolasepak mungkin menjadi merudum di Juventus.
Tahniah Ronaldo! Buktikan awak permain terbaik dunia yang boleh beraksi dimana saja
Comments