Skip to main content

Kisah seorang anak yang kedekut kepada ibu bapanya.

Hari ini saya ingin berkongsikan tentang apakah hak ibu bapa kita kepada anaknya. Adakah kita kita berhak untuk menyembunyikan harta atau kedekut kepada orang tua kita?

Ya, saya akan menjawab persoalan diatas di dalam artikel kali ini. Saya menulis semula artikel ini setelah saya mendengar satu ceramah dari seorang ustaz. Dia menceritkan tentang pada zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang lelaki yang menyembunyikan hartanya kepada orang tuanya.

Bismillahirahmanirrahim,

Pada zaman Rasulullah S.A.W dahulu, datang seorang lelaki yang mengadukan kepada baginda mengenai ayahnya yang selalu menghabiskan wang miliknya tanpa meminta keizinan darinya terlebih dahulu.

Rasulullah S.A.W memanggil ayanh lelaki itu menghadapnya. Dan datang lah lelaki tua itu berjalan terencot-encot bersama tongkatnya.

Lalu Rasulullah pun bertanya kepada ayah lelaki itu.

"Betulkah kamu telah mengambil wang anakmu tanpa keizinannya?"

Dan orang tua itu pun menjawab,

"Wahai nabi Allah (lelaki itu menangis),
Ketika aku kuat dan dia lemah,
Ketika aku kaya dan dia miskin,
Aku tidak membelanjakan diriku kerana ingin memberi makan dia,
Kadang-kadang aku biarkan diriku kelaparan asalkan dia kenyang...

Sekarang aku telah tua dan lemah,
Sedangkan anak aku menjadi lebih kuat,
Aku telah jatuh miskin,
Sementara anak aku semakin kaya,
Dia mula menyembunyikan wangnya dariku...

Dahulu aku selalu menyiapkan makam untuknya,
Tapi sekarang dia hanya menyiapkam makanan untuk dirinya sahaja,
Aku tak pernah melakukan hal ini seperti dia memperlakukan aku..

Jika aku masih kuat seperti dulu wahai Rasul,
Aku masih akan merelakan wang ku untuk dia"

Ketika mendengarkan hal ini,
Air mata Rasulullah S.A.W berlinangan jatuh ke janggutnya yang suci seperti mutiara-mutiara yang berkilauan.

Lalu Rasulullah S.A.W pun menjawab..

"Baiklah, habiskan kesemua wang anak mu sekehendak hatimu.. Wang itu milikmu"

Anta wamaluka liabika

"Engkau dan kesemua hartamu adalah milik kedua orang tuamu"

Sabda Rasulullah S.A.W

Kesimpulannya disini,
Adakah orang tua kita masih hidup?
Mungkin tidak lama lagi wajah itu akan menghilang dari pandangan kita.

Jika kita berjauhan dengan mereka, pulanglah segera.

Tatap la wajah mereka dan nilai lah pengorbanan mereka. Mungkin wajah yang kita lihat itu akan pergi buat selamanya nanti.

Hargai lah orang tua kita.. Dan janganlah kita berkira dengan mereka.

Semoga cerita ini boleh dijadikan iktibar untuk kita semua.


Comments

Popular posts from this blog

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara

Lamborgini kemalangan di lebuhraya PLUS

klik  disini  untukgambar lagi

Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.

“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan  filter  yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau  aircond  kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa  filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh  Tuan Mohd Farhan Alias  ini. CARA CUCI  FILTER  AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci  filter   aircond  Proton Saga. Berbanding Myvi,  filter  Saga lagi senang untuk dicuci.  Filter   aircond  ada di belakang  glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka  Glove Box Compartment Ini dia  glove box compartment.  Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti  Filter Selepas  glove box compartment  ditanggalkan, akan kelihatan  blower  dan  filter.   Blower berbentuk sfera dan  filter