Skip to main content

Pesawat terhempas di laut. 47 penumpang selamat.

SYDNEY: Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam.

“Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas. 

“Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,”



Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon. Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia. Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut tetapi tiada di antara mereka yang mengalami kecederaan serius.

“Saya sangka kami berjaya mendarat dengan selamat sehinggalah saya melihat satu lubang di bahagian tepi pesawat dan air mula memasuki ke dalam kapal terbang. “Saya fikir, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Air sudah mencecah paras pinggang di dalam kabin sebelum pasukan penyelamat tiba,” kata penumpang, Bill Jaynes dalam video yang dimuat naik di laman web Pacific Daily News. Sementara itu, Air Niugini dalam satu kenyataan berkata, syarikat penerbangan itu sedang bertungkus lumus membantu kesemua penumpang dan anak kapal. Jurucakap Suruhanjaya Siasatan Kemalangan Papua New Guinea berkata, pihaknya akan menghantar penyiasat ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti punca insiden itu berlaku.

Comments

Popular posts from this blog

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)

maafkan saya emak :'(

"..emak.. maafkan saya untuk hari ini,esok dan seterusnye.." ini luahan hati saya, untuk emak, maafkan saya jika : <3 hari ini abg sakitkan hati emak. <3 saya telefon emak untuk beritahu perasaan saya yg pincang,tapi mak     kate,saya ade maksud bile kol emak..   :(    (tidak mak,mak dah salah sngke..) <3 abg bercakp kasar dgn emak. <3 abg penah melukakan aty emak. <3  abg tak dpt tunaikan permintaan emak. "5 perkara itu saje yang abg mampu ungkap kan..sebenarnye...abg selalu pikirkan emak bile abg kesusahan atau senang..tapi tak siapa yang thu, abg simpan saje perasaan itu.. supaya abg bleyh menikmatinye sendiri..perasaan ini bg abg,hanye abg saje yang perlu rasai nye.. sukar untuk dikongsikan dgn org len..kerana kasih sayang mu amat ku sanjung dan berbeza bg ku..abg cube luahkan pada emak ape yang abg rase..hurm,tapi entah lah..mgkin tuhan masih belum beri kesempatan lagi untuk meluahkan pada mu ibu :'(    ...

Facebook, Twitter dismantle disinformation campaigns tied to Iran and Russia

(REUTERS) - Facebook Inc, Twitter Inc and Alphabet Inc collectively removed hundreds of accounts tied to an alleged Iranian propaganda operation on Tuesday, while Facebook took down a second campaign it said was linked to Russia. Facebook Chief Executive Mark Zuckerberg said the accounts identified on his company's platform were part of two separate campaigns, the first from Iran with some ties to state-owned media, the second linked to sources that Washington has previously named as Russian military intelligence services. "Such claims are ridiculous and are part and parcel of U.S. public calls for regime change in Iran, and are an abuse of social media platforms," said Alireza Miryousefi, spokesman for the Iranian mission to the United Nations. The Kremlin rejected Facebook's accusations. Spokesman Dmitry Peskov told reporters that Moscow did not understand the basis for such statements and that they looked like "carbon copies" of previous allegat...