Skip to main content

Elakkan guna supplement. Amalkan makanan Sihat.


RAMAI keliru di antara keperluan dan kehendak untuk mendapatkan diet yang sihat serta seimbang dalam kehidupan seharian.

Kebanyakan kita menyangka pemakanan seharian tidak mencukupi dari segi zat, vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan. Mereka mudah mempercayai iklan berkaitan dengan suplemen.

Suplemen ialah makanan tambahan berbentuk sama ada pil, kapsul, gel lembut, susu, serbuk, tepung dan cecair.

Ia terdiri sama ada dari sejenis vitamin sahaja atau yang digabungkan bersama. Pemakanan sihat mengandungi makronutrisi dan mikronutrisi.

Makronutrisi ialah khasiat yang memberikan tenaga dan kalori kepada badan, ia diperlukan dalam jumlah yang besar untuk setiap hidangan yang kita makan. Contoh makronutrisi ialah karbohidrat, protein dan lemak.

Tiga nutrisi ini harus dihidangkan dalam bentuk suku-suku-separuh, iaitu suku karbohidrat, suku protein dan separuh lagi ialah serat. Inilah contoh pinggan sihat yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan.

Kesan sampingan

Mikronutrisi ialah nutrisi yang diperlukan dalam jumlah sedikit untuk keperluan harian kita. Contohnya vitamin, mineral dan air.

Ramai yang keliru, menyangka mikronutrisi perlu diambil dengan berlebihan supaya kita kekal sihat.

Mereka mula mencari pilihan lain untuk mendapatkan mikronutrisi kerana ramai menyangka mikronutrisi cuma ada dalam buah dan sayur sahaja.

Perlu diingatkan bahawa negara kita cukup dari segi sumber diet dan pemakanan. Sumber mikronutrisi sebenarnya cukup, jika kita betul-betul menjaga pemakanan yang kita ambil setiap hari.

Cuma jika seseorang itu mempunyai masalah kesihatan, doktor yang merawat mereka akan mencadangkan beberapa makanan tambahan jika perlu dan jika disarankan oleh doktor yang merawat mereka.

Ramai penjual suplemen suka membuat pengiklanan salah dan mengelirukan pembeli, mendakwa suplemen mereka mampu merawat sesetengah penyakit. Ini melanggar Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956.

Terdapat 20 jenis penyakit yang tidak boleh diiklankan. Contohnya kencing manis, darah tinggi, angin ahmar, masalah buah pinggang, sawan, batuk kering, ketagihan dadah, perhubungan seks, penyakit venereal (berkaitan hubungan kelamin) dan kanser.

Semua jenis suplemen harus berdaftar terlebih dahulu dan kandungan di dalamnya perlu ditulis dengan betul dan jujur pada bahagian label, supaya pembeli cakna akan kandungan di dalamnya.

Beza label NOT, MAL

Pengguna dinasihatkan untuk tidak membeli dan mencuba produk tidak berdaftar, kerana dikhuatiri akan memudaratkan mereka.

Kita biasa melihat dua label ini, iaitu NOT dan MAL, namun adakah masyarakat faham maksud kedua-dua ini?

NOT ialah satu label yang digunakan untuk menyatakan sesuatu produk itu sudah mempunyai notifikasi dengan Kementerian Kesihatan, namun bukan bermaksud ia sudah berdaftar.

Pengusaha produk hanya cuma perlu mengisi borang dan menyatakan bahan atau kandungan dalam produk mereka dan mengatakan bahan itu tidak berbahaya. Lalu mereka akan mendapat nombor notifikasi.

Tiada ujian makmal dijalankan untuk proses mendapatkan NOT.

Ada risiko memakan produk yang hanya ada NOT, kerana tiada ujian makmal dilakukan.

Ada beberapa kes selepas pengusaha produk mendapat NOT, mereka mencampurkan produk dengan bahan terlarang. Contohnya steroid, antiradang dan beberapa ubat lain.

Ini sangat berbahaya kerana produk seperti ini boleh menyebabkan kesan sampingan, sama ada dalam masa terdekat atau jangka panjang. Produk yang biasa mendapat NOT ialah produk kosmetik.

MAL pula nombor atau label untuk produk kesihatan. Untuk mendapatkan MAL, perlu menjalani ujian makmal dengan makmal yang ada kelulusan Kementerian Kesihatan, dengan produk yang diuji haruslah tidak mengandungi bahan terlarang dan tiada kuman.

Namun, kesan sampingan masih juga boleh berlaku. Terdapat sesetengah pengusaha produk menukarkan kandungan produk mereka selepas mendapat MAL, produk yang mempunyai MAL tetap tidak boleh membuat tuntutan kesihatan (merawat penyakit).

Diingatkan sekali lagi bahawa suplemen ialah makanan tambahan. Makanan bukanlah ubat, sihat tidak memerlukan suplemen.

Ubah gaya hidup kita daripada hanya banyak duduk kepada aktif, betulkan nutrisi dalam pemakanan seharian kita.

Mikronutrisi boleh didapati dalam makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang, bijirin, produk tenusu dan haiwan darat serta laut. Tidak perlu vitamin yang berlebihan untuk kekal sihat dan ketahuilah, makan berlebihan juga membawa padah.

Berat ideal, sihat

Perkara pertama perlu masyarakat kita dapatkan ialah berat badan ideal dan sihat. Negara kita juara obesiti di Asia Tenggara dan kita perlu ubah carta tidak sihat ini. Obesiti boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti masalah jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi dan strok.

Jadi, jika ditanya sama ada suplemen keperluan atau kehendak, jawapannya kehendak. Untuk kita yang sihat dan untuk mereka yang ada penyakit, tidak disarankan oleh doktor untuk mengambil apa-apa makanan tambahan.

Doktor yang baik dan beretika ialah doktor yang tidak mempromosikan apa-apa jenis produk, kerana ia melanggar Kod Etika Profesional Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

Bayangkan jika doktor juga tidak boleh mempromosi produk atas tiket kesihatan, apatah lagi orang awam yang tiada asas perubatan.

Jika anda terjumpa doktor menjual produk, hantar aduan ke aduan@mmc.gov.my.

Kawallah hidup anda bermula dari saat ini.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara

Lamborgini kemalangan di lebuhraya PLUS

klik  disini  untukgambar lagi

Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.

“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan  filter  yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau  aircond  kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa  filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh  Tuan Mohd Farhan Alias  ini. CARA CUCI  FILTER  AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci  filter   aircond  Proton Saga. Berbanding Myvi,  filter  Saga lagi senang untuk dicuci.  Filter   aircond  ada di belakang  glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka  Glove Box Compartment Ini dia  glove box compartment.  Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti  Filter Selepas  glove box compartment  ditanggalkan, akan kelihatan  blower  dan  filter.   Blower berbentuk sfera dan  filter