Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut hari ini.
Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).
Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal mengesahkan syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.

Comments