Dah banyak kita saksikan di media sosial terutama di 'fb live' orang buat tutorial tentang makeup. Terutamanya untuk basic makeup tutorial.
Yang jadi bertambah menariknya, tidak kira lelaki atau wanita, ada sahaja kreativiti masing masing yang ingin menunjukkan bakat mereka dalam bidang makeup ini. Tidak cukup dengan itu, ada antara mereka yang boleh 'menyolek' muka mereka menjadi seperti iras-iras artis!
Memang wow kan! Bagi saya itu adalah bakat dan cara mereka menampilkan keyakinan diri haruslah dipuji. Bukan semua orang boleh bercakap sambil nak 'conteng' muka ni. Itu adalah pandangan saya setelah saya melihat begitu ramai yang membuat live make up ini di facebook. Tidak kiralah dari seorang lelaki atau wanita.
Tetapi, bukan soal live di facebook yang saya ingin bahaskan, saya ingin berkongsi dengan anda satu video ni, saya terlihat di sebuah youtube channel yang bernama 'Musmira Iris'. Bagi saya juga salah satu video tutorial yang menarik.
Dimana semasa saya melihat video tersebut, dia mengajarkan tentang bagaimana ingin makeup dengan hanya beberapa barangan sahaja. Dan hasilnya sangat wow! Kebanyakan saya lihat tutorial makeup ni hampir memakan masa salam 40 minit ke 1 jam. Itu pun macam-macam barang kene ada dan perlu dipraktikkan.
Bayangkan kalau anda ingin keluar dari rumah dan perlu makeup dalam masa singkat? Tak kan nak bawah satu beg besar tu dengan peralatan makeup yang lain?
Jum tengok video wanita ini dibawah, dengan hanya menggunakan dua tiga barang sahaja sudah cukup untuk buat anda kelihatan cantik.
P/s : tak perlu la bawak beg besar-besar lagi kan. Hehe
Comments