Berita kematian allahyarham Muhammad Adib semalam, telah mula tular di laman sosial dengan semua portal media telah melaporkan berita kehilangan wira negara itu. Ramai yang telah meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati, dan berduka atas kematian Adib. Namun, di sebalik itu seorang wanita telah meninggalkan komen berbaur ‘penghinaan’. Wanita bukan Islam itu, telah menulis, Komen daripada wanita ini telah membangkitkan kemarahan ramai, dan disifatkan seperti tidak menghormati allahyarham Muhammad Adib. Lantaran itu, ramai yang telah mengecam tindakan wanita itu dan menyerang akaun Facebook wanita itu kerana mengeluarkan kenyataan biadab. Setelah wanita yang dikenali sebagai Caryn Yen menulis komen tersebut, seorang pengguna laman Facebook telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Caryn Yen. Lantaran daripada laporan polis yang dibuat, pihak majikan Caryn Yen telah mengeluarkan kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pihak mereka tidak bersetuju dengan tindakan staf ...