Skip to main content

[Viral] Polis Buru Lelaki yang merakam dan merosakkan makanan di Family Mart


PERBUATAN seorang lelaki merosakkan barang makanan di kedai serbaneka di sebuah pasar raya di Nilai, membawa padah apabila video kejadian itu tular dan kini diburu polis. Difahamkan, kejadian berlaku selepas lelaki terbabit bersama rakan masuk ke premis berkenaan lalu merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman, kira-kira jam 10 malam tadi. Malah, mereka turut merakam video perbuatan terbabit di Instagram Story sebelum tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pengurus premis pada jam 11.20 malam. “Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Video berdurasi satu minit 10 saat itu tular di media sosial yang menunjukkan lelaki itu sedang merosakkan barang makanan dan mendapat kecaman netizen. Sementara itu, lelaki menggunakan nama ‘luqbubbles’ di Instagram mengaku sebagai individu yang melakukan perbuatan itu dan membuat permohonan maaf serta mendakwa akan membayar balik kerosakan yang dilakukan. ▶️Harian Metro

Comments

Popular posts from this blog

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)

maafkan saya emak :'(

"..emak.. maafkan saya untuk hari ini,esok dan seterusnye.." ini luahan hati saya, untuk emak, maafkan saya jika : <3 hari ini abg sakitkan hati emak. <3 saya telefon emak untuk beritahu perasaan saya yg pincang,tapi mak     kate,saya ade maksud bile kol emak..   :(    (tidak mak,mak dah salah sngke..) <3 abg bercakp kasar dgn emak. <3 abg penah melukakan aty emak. <3  abg tak dpt tunaikan permintaan emak. "5 perkara itu saje yang abg mampu ungkap kan..sebenarnye...abg selalu pikirkan emak bile abg kesusahan atau senang..tapi tak siapa yang thu, abg simpan saje perasaan itu.. supaya abg bleyh menikmatinye sendiri..perasaan ini bg abg,hanye abg saje yang perlu rasai nye.. sukar untuk dikongsikan dgn org len..kerana kasih sayang mu amat ku sanjung dan berbeza bg ku..abg cube luahkan pada emak ape yang abg rase..hurm,tapi entah lah..mgkin tuhan masih belum beri kesempatan lagi untuk meluahkan pada mu ibu :'(    ...

zaman sekolah

hey2 semua... jum pegi sekolah ?? nak tak ... haha... zaman sekolah saia dah lepas... aiya... kadang2 saya terpikir rugi nye tak belajar sungguh2... hehehe... mesti byk kenangn  waktu sekolah kan?? sukar kita nak lupekan kisah sekolah kite dulu... kene marah nan cikgu, berdiri atas kerusi.... heee.. Lawak king betol :) kan2?? so, sape ade citer best waktu sekolah dy ??? ini gambar zaman saia sekolah...:)