Skip to main content

Posts

" Bina Masjid sendiri, jangan harapkan bantuan" - Tun M

JITRA : Tun Dr Mahathir Mohamad mengajak penduduk di negara ini untuk membangunkan masjid di kawasan masing-masing tanpa mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak ataupun pihak kerajaan. Kata Perdana Menteri, beliau pernah ke beberapa negara Islam seperti Mahgribi dan Khazakstan yang mempunyai masjid yang sangat cantik dan indah. Menurutnya, semua itu dilakukan sendiri oleh penduduk tempatan. “Masjid-masjid yang didirikan, kebanyakannya oleh orang tempatan itu sendiri. Mereka tidak bergantung kepada orang lain, jauh sekali bergantung kepada orang yang seagama dengan mereka. “Mereka sanggup bertungkus-lumus bukan sahaja mendirikan masjid tetapi juga menghiaskan masjid dengan pelbagai cara, supaya masjid mereka itu adalah antara yang terbaik di dunia,” kata Dr Mahathir. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri di perkarangan Masjid An-Najah di Ayer Hitam dekat Jitra, Kedah pada Sabtu. Turut hadir isteri Perd...

[VIDEO] Anak nyaris dilanggar kerana ayah tertido.

Puncak Alam - Kejadian ini berlaku baru-baru ini di Puncak Alam Fasa 2. Seorang kanak-kanak berkeliaran tersempak oleh penunggang motosikal yang nyaris dilanggar oleh sebuah lori. Ketika ditanya, kanak-kanak itu memberitahu ayahnya tidur dirumah dan dalam perjalanan pulang Ikuti video ini untuk melihat situasi cemas ini berlaku.

Bukan Salah Kerajaan, Salah tuhan you!...

Berita kematian allahyarham Muhammad Adib semalam, telah mula tular di laman sosial dengan semua portal media telah melaporkan berita kehilangan wira negara itu. Ramai yang telah meninggalkan komen menzahirkan rasa simpati, dan berduka atas kematian Adib. Namun, di sebalik itu seorang wanita telah meninggalkan komen berbaur ‘penghinaan’. Wanita bukan Islam itu, telah menulis, Komen daripada wanita ini telah membangkitkan kemarahan ramai, dan disifatkan seperti tidak menghormati allahyarham Muhammad Adib. Lantaran itu, ramai yang telah mengecam tindakan wanita itu dan menyerang akaun Facebook wanita itu kerana mengeluarkan kenyataan biadab. Setelah wanita yang dikenali sebagai Caryn Yen menulis komen tersebut, seorang pengguna laman Facebook telah membuat laporan polis terhadap kenyataan Caryn Yen. Lantaran daripada laporan polis yang dibuat, pihak majikan Caryn Yen telah mengeluarkan kenyataan di Facebook memaklumkan bahawa pihak mereka tidak bersetuju dengan tindakan staf ...

"Kematian Adib diklasifikasikan sebagai Kes Bunuh!" - PDRM

KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan semula siasatan kes kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim daripada cuba bunuh kepada bunuh. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Ab Rashid Ab Wahab, berkata kes berkenaan kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan susulan kematian Muhammad Adib ketika dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini. “Kes itu sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba bunuh, ekoran kecederaan yang dialami oleh Muhammad Adib dalam kejadian di Seafield, Subang Jaya pada 26 November lalu. “Namun kes itu diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi selepas tiga minggu bertarung nyawa akibat cedera parah dipercayai dipukul dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Seafield pada 27 November lalu. Semalam, pihak IJN memaklumkan tahap kesihatan Muhammad A...

MITSUBISHI TRITON TAMPIL DENGAN WAJAH SERBA BARU!

Baru-baru ini Mitsubishi telah melancarkan model terbaru sebuah jentera pickup 4x4 keluaran syarikat tersebut di Thailand. Model pickup Triton ini di tampilkan dengam wajah yang nampak ganas dan tegap. Sekali gus membuat kan pickup pada masa ini telah menjadi satu 'trend' baru di negara Malaysia. Pickup 4x4 ini bukan lagi hanya dikenali sebagai kenderaan untuk mengangkat barang berat. Dengan reka bentuk baru Triton ini telah membuatkan kenderaan ini nampak mewah dan elegan. Kami tidak dapat memastikan bila model ini akan di jual di pasaran dan memasuki Malaysia. Apa pun reka bentuk Triton baru ini membuat ramai orang yang tak sabar dan teruja apabila melihatnya.

Kemalangan melibatkan Lion Air berlaku lagi.

Pesawat Lion Air, JT 633 dari Bengkulu- Jakarta terpaksa dibatalkan selepas ia terlanggar tiang lampu koordinat ketika mahu berlepas, malam tadi. "Insiden itu telah menyebabkan sayap kiri pesawat terbabit mengalami kesan lekuk. Jadi, kami terpaksa membatalkan penerbangan itu atas faktor keselamatan," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu. Ketika kejadian pesawat sedang menuju ke laluan keluar di landasan terbabit. Difahamkan, kesemua penumpang diarah kembali ke ruan menunggu di terminal Lapangan Terbang Fatmawati Soekarno.

Dari petak ke 23 ke petak 10.. Tahniah Hafiz Syahrin !

Nabil Fikri: Selepas Dikecam Kerana Bermula Di P23 Hafizh Syahrin Tamatkan Perlumbaan Di Tempat Ke-10 Pelumba MotoGP negara Hafizh 'El Pescao' Syahrin mempamerkan tunggangan padu lagi mantap apabila menamat perlumbaan di perlumbaan GP Sepang di tempat ke-10 selepas bermula dari petak ke-23 (P23). El Pescao teruk juga dikecam oleh segelintir manusia bermulut longkang dan bertangan cagu kerana akan memulakan perlumbaan pada petak ke-23 hari ini tetapi masih ramai yang menyokonng. Dalam sesi ujian kelayakan masa, itulah kali pertama Hafizh beraksi dalam perlumbaan litar basah lencun sepenuhnya. Akibat kegagalan menukar tayar yang tepat bersesuaian dengan kehendak cuaca maka P23 jadi miliknya. Jangan sampai aku cerita bab enjin, tetapan(setting) enjin motosikal Hafizh pulak. Kan nampak benar aku menipu Beraksi di gelanggang sendiri ramai mengharapkan Hafizh akan mencipta kebangkitan dan keajaiban dan itulah berlaku di Litar Sepang dan tempat ke-10 menjadi habuan den...