Skip to main content

Posts

Dulu sering dibuli, sekarang menjadi model tersohor.

HONG KONG: Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul. Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk. Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang. “Saya sudah menghidap kencing manis ketika berusia 12 tahun. Apabila membuat senaman ringan, saya pasti pengsan, “Bukan itu saja, saya jadi murung kerana sering keletihan, “Hidup saya sengsara dan melalui kemurungan teruk. Sering dibuli, diejek dan menjadi bahan kutukan orang sekeliling,” katanya. Menurut South China Morning Post, jurulatih peribadi itu kini memiliki tubuh sasa dengan lapan hingga 10 ‘pack’. Ketika di sekolah menengah, Skinner bertekad mengamalkan gaya hidup sihat selepas meng...

Isu Huawei : Trump buat U-turn

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China selepas rundingan dengan Presiden negara itu, Xi Jinping, di sini hari ini. “Syarikat Amerika boleh menjual peralatan kepada Huawei.  “Kita memperkatakan mengenai peralatan yang tidak berkaitan dengan keselamatan negara,” katanya pada sidang media ketika persidangan G-20 di sini. Bulan lalu, Jabatan Perdagangan Amerika meletakkan Huawei dalam senarai hitam, menghalang syarikat negara berkenaan, termasuk Google sebagai pemilik Android, berurus niaga dengan gergasi telekom China itu. Bagaimanapun, sejumlah syarikat terlepas daripada sekatan itu manakala Google diberi pelepasan selama tiga bulan. Bloomberg melaporkan, Trump yang bertemu Xi di persidangan ketika G-20 itu bersetuju menghentikan seketika perang dagang kedua-dua negara dan menurutnya, isu Huawei termasuk dalam perbincangan mereka. “Saya kata O.K....

"Minyak moto ayah habis ditengah jalan. Mujur muncul uncle berbangsa cina datang tolong.

Tolong-menolong merupakan amalan terpuji yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Tidak kira siapa pun bangsa, agama dan kepercayaan, amalan mulia sebegitu sudah pasti mewujudkan suasana yang positif. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial Twitter, dia telah menceritakan perihal dia dan ayahnya dibantu oleh seorang lelaki berbangsa Cina ketika dalam kesulitan.

Kajian mengatakan kepala bersaiz besar biasanya lebih bijak.

Laporan daripada UK Biobank menunjukkan, bayi yang dilahirkan dengan kepala yang besar mempunyai pemikiran yang lebih bijak dan kehidupan yang lebih berjaya. Kajian berkenaan dijalankan diatas lebih setengah juta penduduk UK dengan mengaitkan genetik, kesihatan mental dan fizikal serta kehidupan mereka seharian. Ini disokong dengan kenyataan daripada Pengarah Pusat Aeging Kognitif (CCACE) dari Universiti Edingburgh, dimana pemikiran seseorang dipengaruhi juga dengan bentuk badan. Tambah lagi, bayi yang mempunyai ukuran sekitar 31.75 hingga 35.56 sentimeter adalah bayi yang bijak.

Marahkan isteri kerana calarkan 'sport rim' kereta.

”Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.” Bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma itu mekar dalam ingatan sehingga kini. Bidalan Melayu itu membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Ianya tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Namun, jika kesalahan pasangan dibalas dengan kata-kata kasar yang menghiris perasaan, hati siapa yang tidak sedih dan terguris. Seperti luahan seorang isteri ini yang terasa hati dengan sikap seorang suami. Hanya kerana berang dengan ‘Sport Rim’ kereta yang dicalarkan isteri, suaminya lupa bahawa dia juga telah ‘mencalarkan’ hati si isteri yang setia di sisi selama ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Suami semalam marah-marah cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan spotrim dia.. ye dia baru tukar kereta mpv dekat 2 minggu, saya ba...

Avengers : Endgame sah ditayangkan di pawagam Malaysia hujung minggu ini.

Nampaknya pawagam di Malaysia tidak akan terlepas untuk menayangkan Avengers: Endgame versi terbaru hujung minggu ini Avengers: Endgame 2.0 ini 29 Jun 2019 dan peminat yang membeli tiket tayangan ini akan dapat melihat video khas daripada pengarah Anthony Russo, beberapa adegan yang dipotong daripada filem ini serta menyaksikan adegan eksklusif ‘Spider-Man: Far From Home’. Mungkinkah turut ada end credit untuk Endgame? Itu anda perlu tonton sendiri di pawagam. Ayuh ajak rakan ke pawagam untuk sama-sama menyaksikan filem ini sekali lagi.

Dapat hidayah di Mekah. Lisa Surihani bertudung sepenuhnya.

Pada hari raya Aidilfitri baru-baru ini, pasangan manis Lisa Surihani dan suami Yusri Abd Halim telah meraikan lebaran bersama dengan keluarga, di Tanah Suci Mekah. Pengalaman dapat mengerjakan umrah dan menyambut Syawal bersama keluarga tercinta di sana, disifatkan adalah moment yang paling indah dalam hidup pelakon itu. Setelah kembali dari mengerjakan umrah, Lisa Surihani dilihat telah tampil dengan imej berhijab. Perkara ini dikukuhkan lagi apabila rakan baik pelakon ini, Intan Lidyana turut mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah. Ditemui pihak Berita Harian, Lisa Surihani mengesahkan akan perkara tersebut namun menganggap keputusan sama ada bertudung atau sebaliknya adalah terlalu peribadi. “Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan. Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu. Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu merai...