Skip to main content

"Dah tahu duit banyak nak bank in, pergilah bank in dekat branch yang banyak cdm tu!!"

"Tahulah duit awak berkepok nak bank in, tapi tengok lah orang belakang dah beratur panjang dan tunggu lama!"

Pernah tak kita berada di situasi seperti ini, dekat beberapa setesen minyak yang mempunyai 'cash deposit machine' (CDM).
Waktu tu pula kita nak bank in duit di CDM untuk tujuan tertentu. Sebagai contoh nak bank in duit sewa, kereta, dan juga perkara-perkara yang sewajarnya lah kan.

Apa yang menjadikan saya tergerak untuk menulis hal ini adalah sikap segelintir masyarakat kita yang tidak peka atau tidak ambil kisah tentang orang lain.

Perkara ini terjadi semasa saya singgah di stesen minyak untuk 'bank in' duit di CDM. Kira-kira jam ketika itu menunjukkan pada pukul 11.25 malam. Ketika itu saya beratur selang beberapa orang yang sedang menunggu giliran dan dihadapan mereka ada satu 'amoi' yang sibuk memasukkan duit kedalam mesin itu.

Tiba-tiba saya terdengar keluhan dari abang dihadapan saya, "adui, bapak lama! Dari tadi duduk masuk duit, belum lagi campur duit yang CDM tidak terima, tapi duduk usaha nak masukkan jugak. Dah tahu tak boleh masuk tu biar jela. Bagi la turn orang lain pula"

Tersentak dengan keluhan abang di depan saya tu. Saya menoleh kebelakang dan melihat barisan dah jadi panjang sampai ke pintu masuk stesen minyak tersebut.

Selang beberapa minit selepas itu, amoi tadi masih lagi duduk di mesin CDM tersebut dan buat keluar lagi beberapa ikat duit dari dalam beg nya.

Orang di belakang saya jadi semakin gelisah, kerana jam waktu itu dah hampir dekat pukul 12.00 pagi. Seperti semua sedia maklum, mesin CDM akan berhenti beroperasi pada jam tersebut sehingga keesokan harinya.

Saya pun telah rasa mula macam nak angin, dengan buat beberapa isyarat seperti 'batuk' untuk buat amoi tu sedar ramai orang yang sedang beratur menunggu giliran. Tapi malangnya dia buat tak tahu macam tiada perasaan.

Abang dihadapan saya memberi tahu saya, sebelum saya sampai lagi dia tunggu turn. Amoi tu tak habis-habis lagi sehingga hampir 40 minit dia menunggu. Campur dengan waktu saya tunggu pun dah hampir 20 minit. Maknanya hampir sejam !

Apa yang mengecewakan saya, dimana perasaan sebagai seorang manusia yang bertimbang rasa terhadap orang lain?

Mana lah tahu 'kot-kot' ada yang urgent di belakang ingin memasukkan wang juga kepada orang yang memerlukan. Ada juga makcik dibelakang saya mengeluh kerana dia nak masukkan duit untuk anaknya di Penang, anaknya nak beli tiket balik pada malam itu. Kerana sikap anda! Makcik tersebut tak dapat masukkan duit untuk anaknya.

Tak ke dah menyusahkan orang. Dengan saya sekali tak dapat masukkan duit kedalam CDM kerana jam telah pukul 12.00 pagi dan mesin itu sudah tidak beroperasi. Hampir semua orang yang beratur di belakang saya menunjukkan reaksi muka yang tidak menyenangkan.

Saya tak faham! Padahal ada juga sebenarnya cawangan bank yang berdekatan kawasan tersebut mempunyai lebih 3 mesin CDM. Cuma mungkin agak jauh sedikit.

Tetapi bagi saya, jika anda sudah tahu kuantiti wang yang ingin anda 'deposit'kan kedalam akaun tertentu itu banyak. Pergila ke mana-mana cawangn yang mempunyai mesin CDM yang banyak. Andai kata anda lama pun, orang lain boleh pergi ke mesin sebelah. Bukan pergi ke CDM yang hanya ada satu sahaja di stesen minyak!

Kerana sikap anda yang sambil lewa dan buat tak tahu tu, ramai yang mungkin urusannya yang penting akan tergendala disebabkan anda. Contoh macam makcik tadi, kesian tak pasal anak nya kena beli tiket keesokan harinya. Saya tak faham bagaimana perasaan anda ketika melihat ramai yang beratur menunggu. Tidak ada rasa bersalah ke?

Okay lah, mungkin anda boleh bagi alasan cawangan bank jauh untuk anda kesana. Kerana anda hanya berjogging untuk ke CDM di stesen minyak tu dan anda tiada kenderaan. Jadi, apa salahnya jika anda memberi ruang orang di belakang anda satu atau dua orang untuk memasukkan duit mereka dahulu. Kemudian anda sambung la semula urusan anda itu. Jika ada lagi yang berada di belakang. Ulang lah dengan melakukan perkara yang sama.

Bagi saya sikap SELFISH ni harus la kita buang jauh-jauh tak kira lah bangsa dan agama apa sekali pun.

Ikhlas dari warga perihatin.

*gambar sekadar hiasan





Comments

Popular posts from this blog

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara

Lamborgini kemalangan di lebuhraya PLUS

klik  disini  untukgambar lagi

Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.

“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan  filter  yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau  aircond  kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa  filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh  Tuan Mohd Farhan Alias  ini. CARA CUCI  FILTER  AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci  filter   aircond  Proton Saga. Berbanding Myvi,  filter  Saga lagi senang untuk dicuci.  Filter   aircond  ada di belakang  glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka  Glove Box Compartment Ini dia  glove box compartment.  Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti  Filter Selepas  glove box compartment  ditanggalkan, akan kelihatan  blower  dan  filter.   Blower berbentuk sfera dan  filter