Skip to main content

Posts

Pesawat terhempas di laut. 47 penumpang selamat.

SYDNEY: Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam. “Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas.  “Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,” Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon. Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia. Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospit...

Niat murni mandikn gelandangan

Tular di laman sosial twitter apabila sekumpulan belia yang mempunyai masa terluang di tempat kerja memandikan gelandangan yang selalu berlegar di kawasan tempat mereka bekerja. Ikuti penerangan dan video mereka di bawah :

Segera tutup tingkap rumah pada waktu maghrib. Bagi mengelak gangguan makhluk ini

Maghrib adalah saat dimana matahari sudah tenggelam namun masih muncul dengan sinar yang terkadang berwarna jingga atau merah menyala. Pada waktu itulah, seluruh umat Islam diperingatkan untuk segera menutup pintu dan jendela sambil mengucapkan bismillah agar wanita ini tidak datang ke rumah. ............................................................... Siapakah wanita itu? Apa yg dia lakukan di rumah kita ? Ketahui bahwa dia bukanlah wanita baik, namun mampu membahayakan anak dan wanita yang sedang hamil. Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ini. Siapakah Ummu Sibyan? Sekelumit sejarah ................................................................... Diriwayatkan daripada Nabi Sulaiman bin Daud a.s. bahawa baginda telah melihat seorang perempuan tua yang sudah beruban rambutnya dua matanya berwarna biru, kedua-dua keningnya bertanduk kecil betisnya, rambutnya kusut masai, mulutnya ternganga dan keluar pucuk api daripadanya, dapat mem...

Ratusan pendatang asing ditangkap

Seramai 177 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan Ops Bersepadu di sebuah tapak binaan di Segambut hari ini. Operasi itu dilakukan Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan kerjasama  Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Wilayah Persekutuan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata kesemua yang ditahan akan dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. Sementara itu, Pengarah CIDB Wilayah Persekutuan, Zainora Zainal mengesahkan syarikat pembinaan dari China yang beroperasi di tapak binaan tersebut tidak mempunyai permit sah.

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional. Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya. “Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit. “Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri. “Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online. Turut ber...

‘Sayuran & Ikan Kering Diawet Punca Kanser Hidung’ – Doktor

Ketika ini kita difahamkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sedang menjalani rawatan di Taiwan. Menurut Badminton Association of Malaysia (BAM), lagenda badminton negara itu disahkan menghidap kanser hidung peringkat awal. Sebuah perkongsian mengenai kanser hidung oleh Dr. Mohd Shaiful Nizam dilaman Twitter telah mendapat sebanyak 3ribu retweet. Mungkin ilmu ini boleh dimanfaatkan bersama dalam mengetahui punca dan impak buat kesihatan kita.  Kerap dihadapi kaum Cina  Pemakanan yang diawet Pembedahan jarang diperlukan Sumber: Dr Shaiful

"Gunakan Agamawan untuk jadikan benteng, Jadikan Hijrah sebagai pelaris"

Semalam saya ada melihat satu LIVE di facebook berkenan Ustaz Ebit Lew menghadiri ke rumah kediaman Dato' Aliff Syukri bertujuan berdakwah sambil merapatkan silaturahim sesama Islam. Benar apa yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew dan cara dia berdakwah itu mampu memberikan impak dan kesedaran untuk kita semua. Tapi saya tertarik dengan posting yang ditulis oleh rakan Facebook saya ini. Kerana semasa menonton LIVE tersebut saya terfikir perkara yang sama seperti yang di hujah kan oleh saudara Rahmat ini. Jum kita sama-sama hayati apa yang ditulis oleh saudara itu , Ada ramai juga yang menyokong pandangan dari saudara rahmat itu, Apa pun kita berhak untuk memberikan pandangan. Namun niat dan tujuan se pelaku melakukan hal itu adalah antara dia dengan tuhan. Adakah mereka ikhlas? Atau mungkin kah ini hanyalah 'drama' semata-mata. Wallahualam.