Skip to main content

Posts

Ini Cara Setting WhatsApp Anda Kepada Versi Dark Mode

Selepas beberapa aplikasi mengalami perubahan, WhatsApp kini telah menampilkan dark mode dalam aplikasinya bermula hari ini. Dengan fungsi dark mode, skrin paparan anda akan menjadi gelap dan ia memudahkan pengguna untuk melihat skrin tanpa memberikan gangguan kepada mata dan orang sekeliling. Update terkini WhatsApp dengan fungsi Dark Mode kini telah tiba di Malaysia untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android. Untuk pengguna Android 10 dan iOS13, fungsi dark mode ini akan berfungsi secara automatik jika anda mengaktifkan dark mode dalam sistem setting telefon anda. Manakala untuk pengguna Android 9 dan kebawah, anda boleh mengaktifkan fungsi dark mode dengan pergi ke WhatsApp Settings > Chats > Theme kemudian pilih “Dark”. Pengguna juga perlu mengemaskini update WhatsApp pada Apple Apps Store atau Google Play Store sebelum menukar fungsi dark mode ini.

Hukum Faraid.. Jum faham..

Apa Itu Faraid? Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);  2. Barang kemas (emas, perak dll);  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);  4. Tanah, kebun, ladang dll;  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.

“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan  filter  yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau  aircond  kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa  filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh  Tuan Mohd Farhan Alias  ini. CARA CUCI  FILTER  AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci  filter   aircond  Proton Saga. Berbanding Myvi,  filter  Saga lagi senang untuk dicuci.  Filter   aircond  ada di belakang  glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka  Glove Box Compartment Ini dia  glove box compartment.  Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti  Filter Selepas  glove box compartment  ditanggalkan, akan kelihatan  blower  dan  filter.   Blower berbentuk sfera dan  filter

Dulu sering dibuli, sekarang menjadi model tersohor.

HONG KONG: Ketika sekolah dibuli dan diejek kerana bertubuh gempal dan kelihatan lembik tetapi kini, lelaki berusia 29 tahun di Hong Kong menjadi model kecergasan dan jurulatih senaman terkemuka dengan tubuh yang berketul-ketul. Timothy Skinner mendedahkan melalui zaman kanak-kanak yang sukar kerana menjadi mangsa buli, pernah menghidap kemurungan dan kencing manis akibat gemuk. Menurutnya, dia mengambil masa enam tahun untuk pilih dan memiliki tubuh sasa seperti sekarang. “Saya sudah menghidap kencing manis ketika berusia 12 tahun. Apabila membuat senaman ringan, saya pasti pengsan, “Bukan itu saja, saya jadi murung kerana sering keletihan, “Hidup saya sengsara dan melalui kemurungan teruk. Sering dibuli, diejek dan menjadi bahan kutukan orang sekeliling,” katanya. Menurut South China Morning Post, jurulatih peribadi itu kini memiliki tubuh sasa dengan lapan hingga 10 ‘pack’. Ketika di sekolah menengah, Skinner bertekad mengamalkan gaya hidup sihat selepas meng

Isu Huawei : Trump buat U-turn

OSAKA: Presiden Donald Trump berkata, beliau akan membenarkan syarikat Amerika menjual peralatan kepada Huawei Technologies Co sebagai konsesi kepada China selepas rundingan dengan Presiden negara itu, Xi Jinping, di sini hari ini. “Syarikat Amerika boleh menjual peralatan kepada Huawei.  “Kita memperkatakan mengenai peralatan yang tidak berkaitan dengan keselamatan negara,” katanya pada sidang media ketika persidangan G-20 di sini. Bulan lalu, Jabatan Perdagangan Amerika meletakkan Huawei dalam senarai hitam, menghalang syarikat negara berkenaan, termasuk Google sebagai pemilik Android, berurus niaga dengan gergasi telekom China itu. Bagaimanapun, sejumlah syarikat terlepas daripada sekatan itu manakala Google diberi pelepasan selama tiga bulan. Bloomberg melaporkan, Trump yang bertemu Xi di persidangan ketika G-20 itu bersetuju menghentikan seketika perang dagang kedua-dua negara dan menurutnya, isu Huawei termasuk dalam perbincangan mereka. “Saya kata O.K., ia

"Minyak moto ayah habis ditengah jalan. Mujur muncul uncle berbangsa cina datang tolong.

Tolong-menolong merupakan amalan terpuji yang perlu diterapkan dalam diri setiap individu. Tidak kira siapa pun bangsa, agama dan kepercayaan, amalan mulia sebegitu sudah pasti mewujudkan suasana yang positif. Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna laman sosial Twitter, dia telah menceritakan perihal dia dan ayahnya dibantu oleh seorang lelaki berbangsa Cina ketika dalam kesulitan.

Kajian mengatakan kepala bersaiz besar biasanya lebih bijak.

Laporan daripada UK Biobank menunjukkan, bayi yang dilahirkan dengan kepala yang besar mempunyai pemikiran yang lebih bijak dan kehidupan yang lebih berjaya. Kajian berkenaan dijalankan diatas lebih setengah juta penduduk UK dengan mengaitkan genetik, kesihatan mental dan fizikal serta kehidupan mereka seharian. Ini disokong dengan kenyataan daripada Pengarah Pusat Aeging Kognitif (CCACE) dari Universiti Edingburgh, dimana pemikiran seseorang dipengaruhi juga dengan bentuk badan. Tambah lagi, bayi yang mempunyai ukuran sekitar 31.75 hingga 35.56 sentimeter adalah bayi yang bijak.