”Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri.” Bait lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Saloma itu mekar dalam ingatan sehingga kini. Bidalan Melayu itu membawa pengertian dalam mengharungi hidup berumah tangga, khususnya dalam hubungan antara suami dan isteri, perselisihan adalah satu kemestian. Ianya tidak boleh dielakkan, tetapi boleh diperbaiki dengan menggunakan cara yang bijaksana dan bertoleransi. Namun, jika kesalahan pasangan dibalas dengan kata-kata kasar yang menghiris perasaan, hati siapa yang tidak sedih dan terguris. Seperti luahan seorang isteri ini yang terasa hati dengan sikap seorang suami. Hanya kerana berang dengan ‘Sport Rim’ kereta yang dicalarkan isteri, suaminya lupa bahawa dia juga telah ‘mencalarkan’ hati si isteri yang setia di sisi selama ini. Ikuti perkongsian seperti di bawah. Suami semalam marah-marah cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan spotrim dia.. ye dia baru tukar kereta mpv dekat 2 minggu, saya ba...