SYDNEY: Seramai 47 penumpang dan anak kapal syarikat penerbangan Air Niugini yang terhempas berhampiran lapangan terbang sebuah pulau kecil di Micronesia, di selatan Lautan Pasifik, berjaya diselamatkan oleh flotila bot kecil, semalam. “Pesawat itu sepatutnya berjaya mendarat tetapi ia terbabas sejauh 137 meter dan terhempas. “Sebenarnya, kami masih belum mengetahui bagaimana kejadian ini boleh berlaku. “Kesemua 36 penumpang dan 11 anak kapal berjaya diselamatkan, hanya pesawat yang karam,” Pengurus Besar Lapangan Terbang Chuuk di Micronesia, Jimmy Emilio ketika dihubungi Reuters menerusi telefon. Difahamkan pesawat Boeing 737-800 itu dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, Jepun ke Port Moresby di Papua New Guinea, sebelum transit di Chuuk, Micronesia. Emilio berkata, pesawat itu terhempas di sebuah lagun yang mengelilingi pulau kecil itu pada jam 9.30 pagi (waktu tempatan). Katanya, kesemua penumpang dan anak kapal sudah dibawa ke hospit...