Skip to main content

Dato Seri Vida (DSV) mahu tarik semula kejuaraan Aishah


Semalam penyanyi Aishah memberitahu beliau menolak tawaran usahawan komestik, Datuk Seri Vida yang mahu menggantikan barangan kemas tersebut dengan Lavida Coin dan hanya bersetuju jika ianya itu ditukar dengan wang tunai atau emas yang sama nilai.
Bagaimanapun hari ini, Vida menegaskan beliau tidak akan menuruti permintaan Aishah kerana hadiah tersebut sebenarnya tiada dalam senarai hadiah utama bagi juara Gegar Vaganza musim keempat.
“Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000. Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin, ‘you take it or leave it’.
“Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati. Kalau dia tak nak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Vida juga mahu pihak Astro pertemukan mereka berdua untuk membersihkan imej beliau serta mencadangkan agar gelaran juara yang diberikan kepada Aishah ditarik balik kerana barang kemas itu hanyalah hadiah tambahan dan bukannya ganjaran utama.
Vida juga turut memberitahu, tiada sebab untuk beliau meminta maaf kepada Aishah kerana beliau tidak menipu dan barang kemas itu bukannya palsu.
“Saya nak pihak Astro jumpakan saya dengan Aishah sebab hadiah itu bukan ditawarkan kepada juara seperti yang diuar-uarkan. Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan. Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik, dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10.
“Buat apa saya nak minta maaf. Saya tak buat apa-apa salah. Lagipun rantai emas putih bertatahkan batu permata itu bukan palsu,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Cara Setting WhatsApp Anda Kepada Versi Dark Mode

Selepas beberapa aplikasi mengalami perubahan, WhatsApp kini telah menampilkan dark mode dalam aplikasinya bermula hari ini. Dengan fungsi dark mode, skrin paparan anda akan menjadi gelap dan ia memudahkan pengguna untuk melihat skrin tanpa memberikan gangguan kepada mata dan orang sekeliling. Update terkini WhatsApp dengan fungsi Dark Mode kini telah tiba di Malaysia untuk kedua-dua pengguna iOS dan Android. Untuk pengguna Android 10 dan iOS13, fungsi dark mode ini akan berfungsi secara automatik jika anda mengaktifkan dark mode dalam sistem setting telefon anda. Manakala untuk pengguna Android 9 dan kebawah, anda boleh mengaktifkan fungsi dark mode dengan pergi ke WhatsApp Settings > Chats > Theme kemudian pilih “Dark”. Pengguna juga perlu mengemaskini update WhatsApp pada Apple Apps Store atau Google Play Store sebelum menukar fungsi dark mode ini.

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara...

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)