Skip to main content

Bunuh ibu kandung sendiri. Humban dalam tangki najis.



MISTERI kehilangan seorang wanita sejak 19 September lalu terjawab selepas mayatnya ditemui di dalam tangki najis belakang rumahnya di Sungai Burung, Balik Pulau, hari ini.

Mangsa Faridah Mat Hashim, 63, dipercayai dibunuh anak kandungnya pada Rabu lalu sebelum mayat wanita malang berkenaan disembunyikan di dalam tangki najis rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A A Anbalagan berkata, mayat mangsa yang tenggelam di dalam tangki sedalam 1.2 meter itu ditemui menantunya pada 2 petang sebelum menghubungi polis.

“Polis dengan bantuan pihak bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa dan mengesan satu kesan kelar di bahagian hadapan lehernya, selain turut menemui pisau di dalam tangki itu.

“Siasatan awal polis percaya mangsa dibunuh anak lelakinya berusia 29 tahun selepas dia kini didapati menghilangkan diri sejak kehilangan ibunya.

“Satu laporan polis dibuat pada Jumaat lalu memaklumkan kehilangan mangsa sebelum mayatnya ditemui hari ini,” katanya.

Menurutnya, suspek kini diburu polis dan dia turut mempunyai rekod jenayah membabitkan kes mencederakan saudaranya sendiri.

Katanya, rumah itu didiami suspek bersama ibunya dan seorang adik perempuannya.

“Adik suspek memberitahu polis bahawa dia ada melihat ibunya menunaikan solat Subuh pada pagi 19 September itu sebelum hilang sejak itu sehingga mayatnya ditemui, hari ini.

“Suspek dipercayai suka berkhayal dengan menghidu petrol. Lelaki itu kini diburu polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya

Sumber metro

Comments

Popular posts from this blog

Hukum Faraid.. Jum faham..

Apa Itu Faraid? Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN. Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang dibenarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);  2. Barang kemas (emas, perak dll);  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);  4. Tanah, kebun, ladang dll;  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Facebook, Twitter dismantle disinformation campaigns tied to Iran and Russia

(REUTERS) - Facebook Inc, Twitter Inc and Alphabet Inc collectively removed hundreds of accounts tied to an alleged Iranian propaganda operation on Tuesday, while Facebook took down a second campaign it said was linked to Russia. Facebook Chief Executive Mark Zuckerberg said the accounts identified on his company's platform were part of two separate campaigns, the first from Iran with some ties to state-owned media, the second linked to sources that Washington has previously named as Russian military intelligence services. "Such claims are ridiculous and are part and parcel of U.S. public calls for regime change in Iran, and are an abuse of social media platforms," said Alireza Miryousefi, spokesman for the Iranian mission to the United Nations. The Kremlin rejected Facebook's accusations. Spokesman Dmitry Peskov told reporters that Moscow did not understand the basis for such statements and that they looked like "carbon copies" of previous allegat...

T-Shirt Design Contest For BT

helo sume... nak tahu tak ade satu contest design t-shirt untuk ahli BLOG TERCINTA   from  cik enna-banana nie.. waw.. sape  nak join ?? bleyh lah klik kat SINI jadi korang tolong lah vote design saya ni :) sape yang nak baju nie..?? dy kene la support k :p buat rakan blogger ku yg sporting :)