"Urusan perkahwinan lebih mudah, dan yang penting perbelanjaan tidak begitu mahal. Sebab itu saya memilih gadis dari Turki ini", kata Said Imaddudeen, 29, kepada wartawan Sinar Harian.
Siapa sangka, lelaki 29 tahun ini telah bertemu jodohnya di negara Turki. Mula menjejakan kaki di Turki pada tahun 2008. Anak jati Kuala Lumpur itu mula mempelajari bahasa ibunda Turki pada tahun 2011 sebelum menetap disana setahun selepas itu.
Dia kini telah menyambung belajar di sebuah Universiti Istanbul.
Mula jatuh cinta akan seorang gadis semasa dia belajar disana. Dia bertemu gadis itu apabila mereka menyertai program berasama-sama di University Bogazici.
Ketika dia melamar gadis tersebut, keluarga gadis itu telah menetapkan syarat untuk menetap di Turki. Dan Said dengan rela menerima syarat yang ditetapkan itu.
Di Majlis perkahwinan mereka pada tahun 2015, kehadiran tetamu hanya 30 orang sahaja. Dan dia juga mengatakan majlis disana cukup mudah berbanding di Malaysia yang perlu mengeluarkan kos yang banyak seperti, katering, pelamin, hantaran, dan sebagainya.
Comments