Hari ni saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai bepoligami ataupun lelaki yang mempunyai empat orang isteri. Cerita ini saya ambil setelah saya melihat satu video di Youtube dan bagi saya ia merupakan cerita yang cukup menarik. Ramai yang fikir berpoligami ini adalah seorang lelaki yang mempunyai ramai isteri. Tapi cerita ini sebaliknya, dia memandang poligami ini dari sudut yang berbeza.
Setiap orang didalam dunia ini di beri dua pilihan, iaitu kehendak dan keperluan. Bagi lelaki ini, dia mengaitkan kisah seorang raja yang memiliki kekayaan dan 4 orang isteri.
Pada suatu hari, Raja itu telah jatuh sakit, dan dia berapa di ambang kematian. Ketika dia terlantar di katil, dia memanggil isteri ke empat iaitu isteri yang di sayanginya. Dia selalu membeli pakaian yang cantik dan mahal kepada isteri keempatnya. Lalu, dia memanggil isterinya itu dan bertanya,
“Adakah kamu ikut bersama saya ke alam selepas kematian?”
Lalu isteri ke empatnya menjawab, “Tidak, aku amat menyayangimu, tetapi aku perlukan kehidupan baru dan sentiasa mengingatimu”
Raja itu bersedih, dan terus memanggil isteri ketiganya. Isteri ketiga merupakan isteri yang selalu diberikan pakaian mewah, barang kemas, wang yang banyak. Raja itu juga kerap memberikan harta kepada isteri ketiga nya itu.
Lalu datang lah isteri ketiganya itu...
Raja itu bertanyakan soalam yang sama. “Adakah kamu akan mengikutiku ke alam selepas kematian?”
Isteri ketiganya membalas “Tidak, aku perlu kehidupan baru, mungkin aku akan berkahwin dengan orang lain”
Raja itu seolah-olah telah kecewa dengan jawapan yang diberikan. Dia pun memanggil isteri kedua nya.
Isteri kedua selalu menjadi kebanggaannya, dia selalu membawa isterinya yang kedua itu kemana sahaja dia pergi.
Dan masih lagi bertanyakan soalan yang sama.
Isteri kedua pun menjawab, "Aku tidak boleh mengikut mu, tetapi aku boleh untuk menguruskan kematian mu dan ada disaat majlis itu berlangsung"
Dengan riak wajah yang makin kecewa, raja itu seakan menyesal dengan apa yang telah dia berikan.
Tiba-tiba....
Dia mendengar suara dari arah belakang..
"Aku akan ikut kamu, kemana saja kamu pergi.. Saya akan pergi"
Rupa-rupanya suara itu datang dari isteri pertamanya.. Raja itu seakan-akan malu, dan menundukkan kepalanya.. Itulaha isteri yang dia selalu abaikan dan kurang mendapat perhatian sebelum ini.
Apakah pengajaran daripada cerita ini?
Sebenarnya, Raja itu menunjukkan dia adalah diri kita.
Isteri keempat itu adalah cara pemakaian kita, yang kita selalu hiasi degan pakaian cantik. Kita ingin tunjuk kepada semua orang yang baju kita lawa dan mahal. Tapi ketika kita mati, kita tidak boleh membawanya bersamaa-sama..
Isteri ketiga, isteri ketiga adalah harta benda kita. Seperti rumah, jam, kerta dan segalanya jenis harta kita. Kelak, kita juga harus meninggalkannya. Dan mungkin menjadi milik orang lain.
Isteri kedua, ia merupakan Orang yang selalu rapat dengan kita. Seperti keluarga, rakan-rakan, dan adik beradik. Walaupun mereka selalu bersama kita. Suatu hari nanti kita perlu meninggalkannya. Dan mereka hanya mampu menatap di hari kematian kita.
Isteri pertama, isteri pertama adalah jiwa atau roh kita. Kemana sahaja kita pergi, kita akan selalu bersamanya. Hanya jiwa kita yang mengenali diri ini. Di saat kematian kita, hanya roh sahaja yang akan pergi dan tinggallah jasad kita.
Maka, jagalah jiwa dan rohani kita. Dimana hanya roh dan perbuatan kita dimuka bumi sahaja yang akan dinilai ketika kita di alam kematian. Mahupun baik atau jahat perbuatan kita. Kita pasti akan dihukum kelak. Jika selalu berbuat baik, pasti ada ganjarannya nanti.
Maka semasa masih kita hidup. Berbuat baik lah dan jagalah diri kita supaya terhindar dari anasir jahat.
Ikuti video cerita ini dibawah :
Kisah Lelaki dan 4 isteri
Being in a polygamous relationship
Comments