Skip to main content

Kuat main game adalah salah satu tanda Penyakit Mental.

Di zaman yang serba canggih ini, kita semestinya mengaitkan mengenai penggunaan telefon pintar yang boleh dikatakan satu keperluan untuk semua orang.


Apa sahaja jenis maklumat yang kita ingin tahu semuanya boleh dicari hanya dihujung jari sahaja. Selain itu, ada juga pengguna teknologi ini mengambil peluang untuk menjana pendapatan di zaman digital ini.

Namun semuanya bergantung kepada keperluan pengguna dan cara untuk mereka menggunakan teknologi moden ini dengan bijak.

Boleh dikatakan, hampir semua orang di setiap peringkat umur didedahkan dengan telefon pintar. Malah yang lebih malang lagi, ibu bapa mungkin agak terlalu memanjakan anak dengan memberikan mereka menggunakan telefon pintar baik dengan pengawasan atau tanpa pengawasan. Tambahan lagi, sebenarnya anak-anak kecil ini telah didedahkan oleh ibu bapa mereka sendiri untuk cenderung kepada penggunaan telefon pintar yang boleh memberikan kesan negatif kelak.

Apa yang cuba disampaikan ini, rata-rata pengguna telefon pintar ini menjadikan ia sebagai salah satu platform untuk bermain permainan video (games)..

Tahukah anda? Jika kerap bermain game ia akan memberikan kesan negatif kepada orang tersebut. Ini menyebabkan mereka ketagihan dan leka untuk bermain game secara berterusan.



Menurut article dari blog roots of science,

Ketagihan Game diisytiharkan sebagai salah satu Penyakit Mental

World Health Organization (WHO) iaitu Persatuan Kesihatan Dunia telah mengumumkan bahawa penyakit ketagihan game(Gaming Disorder) akan menjadi salah satu diagnosis untuk masalah mental.

Diagnosis ini telah dimasukkan ke dalam salah satu tempat rujukan bagi para doktor iaitu International Classification of Diseases (ICD) iaitu Klasifikasi Penyakit Antarabangsa.

“Keputusan untuk memasukkan diagnosis ini sebagai salah satu penyakit adalah berdasarkan bukti dan kajian yang ada berserta kata sepakat dari pakar berlainan disiplin dimana mereka inilah yang terlibat dalam proses untuk menghasilkan klasifikasi penyakit antarabangsa (ICD)”

Mengikut WHO, penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti ketidaupayaan seseorang itu untuk mengawal waktunya ketika bermain game hingga ia menyebabkan kesan negatif pada kehidupan sehariannya. Untuk mengesahkan penyakit ini, ketagihannya pada permainan tersebut perlulah teruk hingga menyebabkan kesan negatif pada diri sendiri, keluarga, pembelajaran, pekerjaan dan masyarakat dan ia perlu berlaku sekurang-kurangnya selama 12 bulan.

5 tahun lalu, Persatuan Psikiatrik Amerika (American Psychiatric Association) telah mula mengenalpasti penyakit ini dan menamakan ia sebagainya “Internet Gaming Disorder”. Dimana mereka yang ketagih kepada permainan ini selalunya mereka yang bermain permainan online. Sebab itu kita lihat ada anak-anak muda yang sanggup untuk pergi ‘bertapa’ di cybercafe dari pagi hingga ke petang hanya semata-mata untuk bermain game.

Ketika mana WHO memberi keputusan ini, ia membuka satu laluan baru untuk membuat kajian akademik kepada masalah ini dan juga kajian berkenaan rawatan kepada masalah tersebut.

Disebabkan penyakit ini baru sahaja ditemui, masih tiada lagi rawatan ataupun protokol yang terbukti berkesan. Akan tetapi sudah terdapat persatuan dan industri yang menyediakan khidmat bantuan untuk mereka yang mengalami masalah ini terutamanya di Amerika, China dan juga Korea Selatan.

Bagi sesiapa yang mengalami masalah ini ataupun ibubapa yang memerlukan bantuan untuk menghadapi anak yang mengalami masalah ini, anda boleh menyertai group support di Game Quitters.

Comments

Popular posts from this blog

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara

Lamborgini kemalangan di lebuhraya PLUS

klik  disini  untukgambar lagi

Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.

“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan  filter  yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau  aircond  kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa  filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh  Tuan Mohd Farhan Alias  ini. CARA CUCI  FILTER  AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci  filter   aircond  Proton Saga. Berbanding Myvi,  filter  Saga lagi senang untuk dicuci.  Filter   aircond  ada di belakang  glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka  Glove Box Compartment Ini dia  glove box compartment.  Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti  Filter Selepas  glove box compartment  ditanggalkan, akan kelihatan  blower  dan  filter.   Blower berbentuk sfera dan  filter