Skip to main content

Pejuang Irama Malaysia Sejati meninggal dunia



KUALA LUMPUR: Pemergian komposer yang terkenal dengan lagu Irama Malaysia, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra disapa Pak Ngah, 60, disifatkan anak didiknya sebagai kehilangan besar buat industri muzik, khususnya muzik tradisional.

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mengakui cukup terkesan dengan berita duka itu kerana jasa dicurahkan Allahyarham cukup besar, terutama dalam memperjuang dan memartabatkan seni serta budaya.

“Pak Ngah yang Siti kenali adalah seorang pejuang seni dan budaya, justeru pemergiannya satu kehilangan besar buat industri terbabit.

“Allahyarham antara insan yang mula-mula menjaga Siti dalam menyanyikan lagu berirama tradisional. Malah, Siti sudah menganggap beliau seperti bapa sendiri.

“Beliau banyak menghasilkan lagu terbaik dan harapan Siti semoga karyanya akan terus hidup meskipun dirinya sudah tiada. Segala kenangan manis, gurau sendanya akan Siti simpan dalam lipatan kenangan sampai bila-bila,” katanya kepada BH Online.

Turut bersedih atas kehilangan tokoh muzik terbabit ialah penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Irama Tradisional, Noraniza Idris.

Menurut Noraniza atau lebih akrab disapa Kak Ani, sepanjang mengenali Allahyarham, dia melihat Pak Ngah sebagai seorang yang kuat semangat, penggerak utama dalam memartabatkan irama Malaysia, mentor dan idola buat dirinya.

“Pak Ngah meninggalkan kita sebagai pejuang negara yang mempertahankan irama Malaysia, sebuah lambang jati diri kepada rakyat. Kita patut bangga dengan jasa yang dicurahkan, bukan hanya sebagai pencetus kepada irama terbabit.

“Allahyarham juga adalah wira negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia dalam bidang muzik di luar negara.

“Kita kehilangan permata negara yang sangat besar ertinya dalam hidup dan seni budaya kita,” katanya dalam nada sebak.

Sementara itu, penyanyi, Shiha Zikir, menerusi perkongsiannya di akaun Instagram meluahkan rasa ralat kerana hajat untuk bekerjasama dengan komposer prolifik itu tidak kesampaian.

“Nampaknya, hajat Shiha nak buat lagu dengan Pak Ngah tidak kesampaian walaupun kami pernah berbincang mengenai perkara ini di WhatsApp, beberapa bulan lalu.

“Segala ilmu yang Pak Ngah kongsi, nasihat dan budi baiknya akan sentiasa Shiha kenang sampai bila-bila,” tulis penyanyi itu.

Komposer yang menghasilkan banyak lagu popular itu meninggal dunia di Batam, Indonesia, pada jam 3.02 petang tadi. Berita berkenaan disahkan Noraniza yang mendapat perkhabaran duka mengenai pemergian Pak Ngah menerusi anak komposer itu, Megat.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Megat memaklumkan arwah bapanya akan dibawa pulang ke ibu kota dari Tanjung Pinang, jam 8 pagi esok.

“Jenazah akan dibawa menaiki bot khas ke Pasir Gudang, Johor, seterusnya ke Masjid Kampung Baru untuk disembahyangkan,” katanya


Comments

Popular posts from this blog

Tempat borong di Thailand.

Kali ini post saya adalah mengenai tips dan cara untuk pergi ke Bangkok, Thailand. Rata rata yang ingin pergi ke Thailand adalah para peniaga yang ingin membeli barangan secara borong ataupun pelancong yang bercuti dan suka membeli belah. Memang tidak dinafikan, bagi yang suka membeli belah Bangkok adalah syurga bagi mereka. Terdapat pelbagai barangan keperluan yang dijual dengan harga yang murah. Antara barangan yang paling banyak dijual disana adalah dari segi textile seperti baju, seluar, cadar dan pelbagai lagi. Bag dan accesories juga banyak dijual disana. Antara tempat yang menjadi tumpuan disana adalah, Pratunam, Chantucak, China Town, dan juga Boebae Market. Namun, Chatucak weekend market hanya dibuka pada sabtu dan ahad sahaja. Dari segi harga hotel di sekitar kawasan tersebut agak mahal. Cuma korang boleh je cari option hotel yang jauh sikit dari kawasan itu. Macam saya, saya memilih hotel yang jarak untuk berjalan kaki ke Pratunam market kurang dari 1km. Anggara

Lamborgini kemalangan di lebuhraya PLUS

klik  disini  untukgambar lagi

Aircond kereta dah tak sejuk ? Ikuti langkah mudah ini untuk sejukkan semula aircond kereta anda tanpa perlu ke bengkel.

“Ish, kenapa rasa panas pula aircond ni. Rasa tak sempat pula nak pergi servis aircond minggu ni. Apa nak buat ya?” Kebanyakan kereta moden sekarang dilengkapi dengan  filter  yang bertujuan untuk menapis habuk dan kotoran dan seterusnya boleh menyebabkan aliran angin tersumbat dan menjadi perlahan. Jadi, kalau  aircond  kereta anda rasa tak sejuk, tak ada angin, atau tak sekuat dulu, bolehla cuba periksa  filter nya seperti dalam langkah yang ditunjukkan oleh  Tuan Mohd Farhan Alias  ini. CARA CUCI  FILTER  AIRCOND KERETA (PROTON SAGA BLM) Saya nak tunjukkan cara untuk mencuci  filter   aircond  Proton Saga. Berbanding Myvi,  filter  Saga lagi senang untuk dicuci.  Filter   aircond  ada di belakang  glove box. Lihat langkahnya di bawah. 1. Buka  Glove Box Compartment Ini dia  glove box compartment.  Tanggalkan dari kedudukan. 2. Kenalpasti  Filter Selepas  glove box compartment  ditanggalkan, akan kelihatan  blower  dan  filter.   Blower berbentuk sfera dan  filter