Baru-baru ini, Adflin dikejutkan selepas dia baru pulang dari tempat kerja nya. Dia dapati beberapa barangan motosikal berkuasa tinggi nya telah dicuri. Motosikalnya yang berjenama Ducati Diavel itu bukanlah motosikal kebanyakan orang yang mampu untuk memilikinya.
Dia begitu terkejut dan memuat naik video di laman sosial peribadinya mengenai kehilangan barangan seperti brake dan clutch motosikal miliknya. Kita tahu, alat ganti brake disk untuk sebuah motosikal itu bukannya murah. Menelan belanja yang tinggi. Tambahan lagi aksesori itu datang dengan jenama yang mahal.
Ducati Diavel |
Dia begitu kesal dan memohon orang ramai yang ternampak kegiatan yang tidak bermoral itu melaporkan kepada pihaknya. Dia sudah pun membuat laporan polis dan berharap penjenayah itu dapat diberkas.
Comments